Subscribe Us

Petua Dapur : Hilangkan Lendir Bendi, Cara Simpan Daging & Kuning Telur


Cara hilangkan lendir kacang bendi

Sayur kacang bendi memang sedap dimakan, terutama bila dicampurkan dengan lauk kari ikan atau asam pedas. Tetapi jika tidak tahu caranya, ia akan menyebabkan lauk anda berlendir. 


Untuk mengelakkan masalah ini, jangan potong kacang bendi terlalu awal. Sebaliknya, cuci kacang bendi dan potong atau kerat hanya bila hendak dimasukkan ke dalam kuah yang sedang mendidih atau ke dalam rencah yang sedang ditumis.

Panduan simpan daging

Daging ayam, kambing atau lembu akan tahan segar lebih lama sekiranya anda gantikan pembungkus asalnya dengan kertas minyak.

Bungkus daging itu dalam keadaan longgar bagi membolehkan lebih banyak udara beredar di dalamnya, sebelum ia disimpan dalam ruang beku peti sejuk anda.


Simpan kuning telur dalam peti sejuk

Kuning telur yang berlebihan boleh disimpan dalam ruang beku petisejuk. Tetapi bagi mengelakkannya daripada mengental, campurkan kuning telur dengan sedikit gula atau garam.


Cuka dapat hapus bau muntah

Bau muntah tentu meloyakan. Tetapi bau ini boleh dihapuskan dengan menggunakan cuka.

Caranya ialah bersihkan dahulu muntah itu kemudian renjiskan sedikit cuka pada bekas yang terkena muntah tadi.

Post a Comment

1 Comments

tirahzairi said…
nseb bek xmkn bendi...hehee