Subscribe Us

Setiap Manusia Mempunyai Sel Kanser


Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam badan mereka?  Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia telah berganda hingga tahap bilion.  


Apabila seseorang diberitahu bahawa dirinya telah bebas daripada sel kanser, ia cuma memberi makna bahawa ujian yang dijalankan tidak mampu mengesan sel kanser ini sehingga ia membesar kepada satu saiz yang boleh dikesan.


Tubuh manusia terdiri daripada bertrilion-trilion sel. Kanser boleh terjadi sekiranya salah satu unit sel ataupun sekumpulan sel mula berubah.


Kebiasaannya, tubuh badan kita mempunyai jumlah dan jenis sel yang betul. Ini disebabkan sel secara alami mengeluarkan isyarat untuk mengawal nilai dan kekerapan setiap sel terbahagi.


Masalah mula timbul sekiranya salah satu sel rosak, hilang atau termutasi.  Sel-sel ini akan tumbuh dan membiak dalam gandaan yang terlalu banyak sehingga mengakibatkan pembentukan gumpalan dipanggil tumor. Di lokasi tumor utama inilah kanser boleh mula terjadi.


Kanser merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual.  Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu melawan penyakit kanser.  Sikap seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stres dan dalam keadaan asidik.


Oleh itu, jadilah seseorang yang mempunyai sifat penyayang dan pemaaf serta belajar untuk relaks.  Nikmatilah hidup anda tanpa rokok dan amalkan gaya hidup yang sihat. [iluminasi.com, majalah i-sihat ]

Catat Ulasan

8 Ulasan

kakrose berkata…
mohon share ye..
caliph shuriken berkata…
seperti bom jangka dlm bdan manusia kn...
Aisyah M.Yusuf berkata…
sel kancer merusak jaringan tubuh kita, ada beberapa tanaman/herbal buat membunuh sel-sel kancer diantaranya : daun zirzak, keladi tikus , temu putih.
Cik tikah berkata…
baru tahu semua org ada sel kanser
Dkna Abza berkata…
dkna tauada sel kanser tapi tak tau lak kesanya kepasa minda...terima kasih atas info ni.
thomas berkata…
harap2 ia tidak berganda di dlm badan kita.
Sharifah syazee berkata…
baru tahu...huhu
Unknown berkata…
owh baru tahu ni..terima kasih post info ni :)