Subscribe Us

Apa itu DNA

DNA atau Deoxyribo Nucleic Acid merupakan asid nukleat yang menyimpan semua informasi tentang genetik. DNA inilah yang menentukan jenis rambut, warna kulit, dan sifat-sifat khusus manusia. 
Setiap orang memiliki DNA yang unik. DNA adalah materi genetik yang membawa informasi yang boleh diturunkan. Di dalam sel manusia, DNA  boleh ditemui di dalam inti sel dan di dalam mitokondria. 

Metode yang digunakan dalam ujian DNA adalah dengan mengidentifikasi sel DNA itu sendiri. Di dalam inti sel, DNA membentuk satu kesatuan untaian yang disebut kromosom. Setiap sel manusia yang normal memiliki 46 kromosom yang terdiri dari 22 pasang kromosom somatik dan 1 pasang kromosom sex (XX dan XY). Inti sel ini lah yang akan diteliti. Dengan kata lain, metode untuk mengidentifikasi, menghimpun, dan menginventarisi sel-sel khusus yang dimiliki tubuh.


Semua bahagian tubuh boleh digunakan untuk mengungkap DNA. Salah satu contohnya adalah buccal swab atau sapuan mulut pada pipi sebelah dalam, darah, rambut beserta akarnya, atau menggunakan darah sebanyak 2ml sebagai sumber DNA. Namun untuk darah, sel darah yang digunakan adalah darah putih, bukan sel darah merah. Ini kerana sel darah merah tidak memiliki inti sel. 

Setiap orang memiliki DNA yang berbentuk double helix atau rantai ganda. Satu rantai diturunkan daripada ibu, satu rantai lagi diturunkan daripada ayah.
 
Keberhasilan ujian DNA adalah 99.9 persen benar apbila dikerjakan dengan betul mengikut prosedur.
[wawanwae.blogspot /liputan6.com]

Post a Comment

5 Comments

caliph shuriken said…
pelbagai rahsia diri bole kita tau menerusi DNA ^^
Dkna Abza said…
DNA bukti yang tepat
lelamaisara said…
selalu guna ujian ini untuk cari bukti yg tepatkan....

Salam kenal..:)
DNA sampai saat ini merupakan alat pembuktian yang paling akurat :)
admin said…
very nice
http://otomotif.zhigzhag.com/2012/03/betwin188com-agen-bola-terbaik-dukung.html