Subscribe Us

Suplemen Menyihatkan @ Memudaratkan?

Dua faktor utama mengapa rakyat di negara ini membeli suplemen - kecantikan dan kesihatan
 
Kebanyakan daripada mereka memakan suplemen lebih menjurus untuk kecantikan berbanding untuk mengekalkan tahap kesihatan. Ada juga yang mengharapkan suplemen yang dimakan memberi kesan menakjubkan ke atas kesihatan mereka dengan mengabaikan pemakanan sihat.

"Persepsi ini sangat tidak tepat kerana seperti yang telah disebutkan awal tadi suplemen hanyalah sebagai tambahan kepada makanan dan bukannya sebagai pengganti makanan. Suplemen sekadar membantu ke arah tahap kesihatan yang lebih optimum," kata Dr Nahlah Elkudssiah Ismail, ketua penyelidik Klinikal Farmaseutik Fakultifarmasi UiTM Selangor.
 
Semakin meningkat usia seseorang maka mereka semakin terdedah kepada pelbagai risiko penyakit berbahaya. Dengan mengamalkan suplemen tertentu, tahap kesihatan dapat dikekalkan terutamanya anda yang telah didiagnosis dengan penyakit tertentu.

Namun demikian kes melibatkan organ dalaman seperti hati dan buah pinggang pengguna akan mendapat kesan kesan sampingan sekiranya memakan suplemen dalam dos yang terlalu tinggi. Oleh sebab itu penting untuk anda mendapatkan nasihat doktor  sebelum mengambil sebarang suplemen. [i-sihat]

Catat Ulasan

4 Ulasan

toyolkiut berkata…
sangat setuju..
Hairun Azmi berkata…
Saya amalkan mengambil fiber.

Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html
betul...betul...
Ateh Nour berkata…
Sallam Orang Muo,

Betul ke sesuatu suppliment
tidak boleh diambil, dalam
jangka masa terlalu lama?