Subscribe Us

Pelancong Asing Bayar Beratus Dollar Memandu ke Hutan Melihat Suku Primitif & Layanan Tidak Bertamadun


Salah satu suku kaum yang paling primitif di dunia ini dihina setiap hari oleh pelancong yang sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk melihat 'safari manusia' dan melayan mereka seperti haiwan di zoo.
 
Beratus-ratus kenderaan pelancong ke Kepulauan Andaman di Lautan Hindi, beratur setiap hari pada waktu subuh untuk memandu jauh melalui hutan rizab yang dikhaskan untuk suku primitif Jarawa. Mereka mahu melihat sendiri keadaan kehidupan suku primitif Jarawa di mana kaum wanitanya masih berpakaian separuh bogel. Mereka kemudiannya mencampakkan makanan kepada wanita dan gadis separuh bogel dan menyuruh mereka menari. 


Apa yang dikesalkan pelawat kerap dilihat membaling pisang dan biskut kepada suku primitif ini seperti orang yang memberi makan kepada haiwan di dalam zoo.


Tribe members will dance in exchange for food and money from tourists

Walaupun larangan yang tertera pada papan tanda amaran melarang pelancong-pelancong mengambil gambar dan video serta tidak dibenarkan memberi makanan kepada suku primitif itu, malah akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk penyitaan kamera namun larangan itu tidak diendahkan.


Lebih malang pihak berkuasa tempatan turut mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran £350 kepada pelancong yang mahu mengambil bahagian dalam konvoi itu manakala polis tempatan pula mengenakan caj £200.

 Exploitation: Hundreds of visitors to the remote Andaman Islands, north of the Equator in the Indian Ocean, queue up each day at dawn to drive through jungle set aside for the Jarawa tribe

Kaum Jarawa pertama kali berhubung dengan dunia luar pada akhir tahun 1990-an. Suku Jarawa hidup terpisah daripada dunia moden sehinggalah pada tahun 1998 apabila salah seorang daripada mereka memerlukan rawatan di hospital dan memberitahu tentang kehidupan suku kaumnya di hutan rizab. Mereka kini kerap melawat bandar-bandar dan penempatan penduduk.



Denis Giles, editor akhbar Chronicle Andaman berkata Jarawa telah 'didera'. Mereka seharusnya diberi peluang bergaul dengan dunia luar tetapi ia tidak seharusnya menjadi satu kejutan budaya.  Mereka percaya bahawa pihak polis melindungi mereka tetapi realitinya ia sedang digunakan.


'Pegawai telah mengajar mereka bagaimana untuk mengemis dan mereka mengambil wang Jarawa dan menggantikannya dengan tembakau sebagai pertukaran.


'Terdapat banyak kes wanita Jarawa yang melahirkan anak hasil hubungan sulit dengan orang luar tetapi bayi itu tidak diterima oleh puak lalu dibunuh.
[dailymail.co.uk]

Post a Comment

12 Comments

Rusiah_Hazri said…
tak baiiikk...sian diorang...
ni siapa yg tak bertamadun cenggini ni?? ish..ish..
thomas said…
teruk betul sampai mcm tu pun ada,
sepatutnya diajar utk pakai baju
dan pelawat seharusnya mendermakannya.
Abu Bagi said…
aku baru tahu ada berlaku macam ni.. hina sungguh dibuat dengan suku kaum diorang.. kasihan..
odahonebizz said…
manusia yg baling makanan tu yg xbertamadun sbenarnya...
Dkna Abza said…
Kesian dorang kan. Ermmmm masih ada kaum yang terpisah dr kehidupan luar. Terfikir gak.macam mana reaksi dorang kalau berada kat malaysia.
Unknown said…
cilakoss....suruh pelawat tu lak jadi cam derang...kita tengok camne...
Unknown said…
diaorang ingat mereka ni haiwan ke apa
Penulis Rindu said…
kalau dia orang kulit putih lagi ramai pi ye bro
CikTeddyCorner said…
kno dilayan smpai cmtu skali...x baek..hmm~
pelancong yg baling makanan tu yg macam haiwan....;)
The Fakhirin said…
dahtu dia mkn mcm mana ek...