Subscribe Us

3 Langkah Kesan Awal Serangan Strok di Rumah


Strok atau serangan angin ahmar adalah serangan yang menggerunkan.  Sekelip mata saja penyakit yang disebabkan oleh pembuluh darah di otak tiba-tiba tersumbat atau pecah menyebabkan pesakitnya mengalami lumpuh, koma malah hilang ingatan.  Oleh itu amatlah penting sekali bagi anda memerhatikan tanda tanda awal penyakit ini.   


Perhatikan gejala berikut:

* Hilang penglihatan secara tiba tiba

* Rasa lemah pada wajah lengan atau kaki

* Sukar berkata kata atau memahami pembicaraan

* Sakit kepala yang teruk pening atau kehilangan keseimbangan


Lakukan ujian ini:

Beberapa bentuk ujian boleh dilakukan di rumah untuk membantu mengesan strok lebih awal.  Lakukan ujian ini untuk mengenal pasti serangan strok:


* Minta pesakit senyum.  Perhatikan adakah salah satu sisi wajahnya tidak terangkat?

* Minta pesakit mengangkat kedua dua lengannya.  Adakah salah satu lengan jatuh kebawah.

* Minta pesakit mengulangi ayat pendek. Perhatikan suaranya adakah ia kedengaran pelik atau lain dari biasa.


Selain cacat fizikal, 30-50% dari penderita strok akan menderita kemurungan yang dapat dilihat dengan sikap mudah marah, kurang keyakinan diri dan gangguan tidur.  Dalam beberapa kes  depresi dapat mengurangi motivasi dan memburuk keadaan pesakit.
 

Jika mereka mempunyai tanda tanda di atas maka jangan tunda untuk mendapatkan rawatan. Rawatan awal dan tepat dapat membantu menurunkan risiko kematian akibat strok. (majalah mingguan wanita disember 2011)


ihsan dari google

Post a Comment

9 Comments

Cik tikah said…
terima kasih bagitahu. baru tahu :)
Dkna Abza said…
mohon dijauhkan dari penyakit ini...
Unknown said…
takot la strok ni bro
Unknown said…
tq for the info... nak kena amalkan doa ini...
Seri Bahasa said…
harap2 jangan terkena...ada ubat pun kadang tak boleh harap...
Jumir said…
Hmm...arwah mak n kakak saya kena strok. Itu buat saya berjaga2.
POLARIS said…
busu...semua risiko selepas kene strok ada pada angah...sian kat dia...duk hospital lagi...bila nak keluar tah...
ROJAK said…
kesian pada orang yang terkena angin ahmar
Fiq Ras said…
terima kasih bagi info nie :)