Adakah wajah anda kelihatan lebih tua berbanding usia anda? Kalau sudah demikian, periksalah kadar kandungan gula dalam darah. Penyeldikan terbaru menemukan bahawa kadar gula dalam darah yang tinggi menyebabkan wajah seseorang tampak lebih tua daripada usia sebenar.
Satu kajian kerjasama antara Leiden University Medical Centre dan Unilever RnD menemui hubungan antara kadar gula darah pada manusia dan usia wajah. Orang yang berusia antara 50 tahun dengan kandungan gula yang tinggi akan terlihat lebih tua berbanding mereka yang memiliki kadar gula lebih rendah. Para pengkaji menyimpulkan bahawa setiap 1 mmol/liter meningkatnya kadar gula dalam darah, wajah seseorang akan tampak lebih tua lima bulan seperti dikutip dari laman medicmagic.
Diana Van Heemst, Professor dari Leiden University Medical Center mengatakan "penelitian itu menunjukan pentingnya mengendalikan kadar gula dalam darah untuk kesihatan diri pada usia pertengahan dan lebih dewasa.
David Gunn, seorang ilmuwan senior dari laboratorium Unilever RnD di Coltworth Science Park mengatakan "Ini merupakan penelitian pertama untuk membuktikan satu hubungan antara kadar gula darah dan usia wajah. Peneliti telah menunjukan bahawa kadar gula yang tinggi tidak baik untuk kesihatan tetapi penelitian ini juga telah membuktikan, kadar gula darah juga membuat orang nampak lebih muda atau sebaliknya,"
4 Comments
wajah saya mungkin kebalikannya, hehe...
nice info