Subscribe Us

Mengapa Perlu Minum Teh Hijau

Teh hijau memiliki banyak khasiat dan manfaat sama ada untuk kesihatan mahupun kecantikan. Berikut beberapa manfaat lain teh hijau jika diminum secara teratur.

1.Menghindari penyakit 

Teh hijau merupakan antioksidan yang kuat dan terbukti dapat mengurangkan serangan kanser paru-paru, kanser prostat, kanser kulit, stroke, dan serangan jantung. Untuk menambahkan tenaga ekstra ketika meminumnya, tambahkan dengan perahan lemon. Kandungan flavonoid dalam teh hijau amat berkesan memerangi virus hepatitis C.
 
2. Menurunkan kolesterol dan tekanan darah
Tiga cawan teh hijau sehari dapat memberikan antioksidan yang diperlukan oleh tubuh untuk menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

3. Menurunkan berat badan
Meminum secawan teh hijau sebelum melakukan aktiviti bersukan terbukti dapat mempercepat penurunan berat badan dan pembakaran lemak. Kajian membuktikan bahwa kafein mampu membebaskan asid lemak untuk membakar lemak jauh lebih mudah. Antioksidan dalam teh juga bekerja sama dengan kafein untuk membantu anda membakar kalori lebih banyak.

4. Menghilangkan alergi
Satu penyelidikan di Jepun telah menemui bahawa teh hijau mengandungi bahan EGCG yang akan membuat tubuh terbebas dari reaksi alergi terhadap debu, bulu binatang, juga debunga.
[dipetik dari kompas.com]

Catat Ulasan

4 Ulasan

Amie berkata…
Teh hijau memang banyak khasiatnya, memang boleh dpercayai.
caliph shuriken berkata…
dulu kt restoran jepun sy minum diorg panggil ocha ^^
lazaac berkata…
sy slalu minum teh lipton jer... tu jer yg sedap huhu...
Teh Hijau berkata…
Teh hijau kalau minum tanpa letak gula, masih sedap jugak.. ada orang perlukan masa untuk membiasakan meminumnya tanpa gula.

[ Menjual Teh Hijau/ Green Tea Ahmad Tea London]