Subscribe Us

Rawatan Unik Kecantikan... Breast Slapping Beauty

Kaum wanita di Thailand kini mempunyai alternatif untuk melakukan beberapa perubahan terhadap diri agar kelihatan lebih cantik dan menarik, ingin memiliki beberapa bahagian anggota badan lebih menarik termasuk bahagian muka, pembesaran punggung dan payudara, kini mereka tidak perlu lagi untuk membuat pembedahan plastik. Kaedah rawatan unik yang dimiliki oleh Khemmikka Na Songkhla, 44 tahun telah diiktiraf dan mendapat kelulusan daripada kerajaan Thailand
Bagaimana Khemmikka melakukannya? Caranya nampak seperti pelik tetapi amat berkesan... iaitu dengan menampar atau menepuk bahagian-bahagian yang hendak dirawat. [Lihat video...]

Pakar kecantikan istimewa wanita Bangkok yang berusia 44 tahun ini adalah satu-satunya wanita di dunia yang mengetahui segala rahsia bahagian istimewa anggota wanita dengan kaedah rawatan menampar yang diwarisi daripada neneknya. 

Satu hari neneknya melihat dia menggosok-gosok payudaranya dengan krim ajaib lalu menasihatkannya berhenti berbuat demikian kerana hanya membuang masa sehingga ia menyakitkan. Kemudian neneknya menampar buah dadanya beberapa kali dan mencelupkannya dengan air ais.
Khemmikka perasan saiz payudaranya meningkat sebanyak 4 inci, dan akhirnya beliau menguasai teknik rawatan menampar. 
 
Beliau telah mengamalkan kaedah seni lama menampar di salun kecantikannya selama lebih dua dekad yang lalu, dan berjaya merawat rupa wajah, dan bentuk badan beribu-ribu wanita tanpa menggunakan apa-apa bahan kimia atau implan.

Bagaimana kaedah menampar membantu memperbaiki penampilan wanita? Rupa-rupanya rawatan selama 10 minit melibatkan teknik memukul, menepuk, dan menguli lemak dan otot pada bahagian atas dada, bahagian torso dan pinggang di sekitar payudara bertindak menolak lemak dari kawasan lain ke arah payudara, membentuk penampilan dan saiz yang penuh. Walaupun cukup menyakitkan. tetapi hasilnya amat berbaloi, kerana mereka mendapat pertumbuhan saiz payudara lebih 2 inci.

Beliau mengakui terdapat beberapa wanita yang tidak boleh dibantu. Jika payudara seorang wanita terlalu kecil, atau jika dia terlalu kurus, beliau menasihatkannya untuk menambah berat badan terlebih dahulu sebelum datang berjumpa dengannya. [odditycentral.com] [bangkokpost.com]

Catat Ulasan

20 Ulasan

Dkna Abza berkata…
malu nak tengok video nie..tapi nak tengok jugak..hehehe..mintak izin nak share kat fb yea :)
org muo berkata…
adylia: sekadar info saja
chiLleD...!! berkata…
malu nak tengok video..mcm2 cra kan nak cantik..=)
chiLleD...!! berkata…
malu nak tengok video..mcm2 cra kan nak cantik..=)
Mahesa Jeunar berkata…
Mau buka videonya malu coi... Takut ngeliat payudara :D
Mahesa Jeunar berkata…
Soalnya saya alergi dengan payudara, bawaannya pengen megang mulu :D
org muo berkata…
up: pengunjung2...dlm video ni x de apa-apa yg keterlaluan...hanya tunjuk cara kaedah merawat saja
umiawadah berkata…
boleh cuba ni wahai para isteri...tapi suruh suami u all lah buatkan...
Cik tikah berkata…
macam-macam lah sekarang. hehe..
Firdaus Life berkata…
hahaha saya hanya mampu ketawa je
thomas berkata…
boleh pakai juga amalan lama ni.
Aku Anak Pahang berkata…
Panas juga entri nie :)
Ringgo berkata…
perghh!!! macam2 kemahiran depa ni .. kat orang jantan bleh buat gak ka ..
Kaio berkata…
hahahahahah.. macam syiok je. damn!

www.kaio.my
Tanpa Nama berkata…
Aiyoo mmg lah besar sekejap sbb swelling,bila dh hilang bruise Bengkak Segala back to normal size.dh lh charge mahal,senang2 je kena tipu dek makcik Siam ni.
org muo berkata…
anonymous : kaedah yg digunakan tlh diiktiraf dan mendapat kelulusan dpd kerajaan thai setelah dibuat kajian selama 6 bln... bermakna kaedah rawatannya bukan menipu..maka tidak ada sbb makcik siam tu menipu...
azremy berkata…
ha ha.tak senak ker
asliner berkata…
takde scene yang keterlaluan pun dalam video nie..
macam2 lah mereka nie..haha
evocut berkata…
Apa salahnya kalau buat untuk suami..betul kaum perempuan,tetapi ada lagi satu cara nak pikat hati suami bukan setakat cantik je,tetapi terik minatnya dengan masakan anda,apa kata anda mencuba resepi di
http://www.sudutbonda.blogspot.com
Tanpa Nama berkata…
Itu jari2 & tangan warisan nenek dia. Jangan tersalah tampar nnti tak ada susu untuk bayi lak... for papa no sweatlah sbb tak nyusu cuma tuk ....kan jer...