Seorang kanak-kanak kecil telah menghisap susu secara langsung dari puting susu seekor lembu sejak ibu dan bapanya meninggalkannya bersama datuknya di kampung untuk mencari kerja di Thailand apabila ribut telah memusnahkan rumah keluarga.
Tha Sophat, berusia 18 bulan, telah menyusu sendiri cara ini sejak Julai lalu. Datuknya, Um Oeung, 46, terpaksa membiarkan cucunya berbuat demikian kerana sejak berhenti daripada menyusu badan, dia sering menangis dan kanak-kanak ini jatuh sakit.
Kanak-kanak lelaki itu pada mulanya memerhatikan anak lembu menyusu dari ibunya, dia pun mula melakukan perkara yang sama, menyusu terus dari puting susu lembu setiap hari, kata datuknya, Um Oeung. Jika datuk melarangnya, cucu lelakinya itu menangis, maka dia membiarkan terus cucunya menyusu terus dari lembu.
Jiran-jiran dan pegawai kesihatan tempatan di kampung Pheas, Wilayah Siem Reap, kira-kira 195 kilometer dari ibu kota Phnom Penh, berkata mereka tidak begitu senang dengan perkara itu. Mereka bimbang budak tu akan berasa malu apabila besar nanti dan akan menjadi nakal, "katanya.
"Kesihatannya baik, dia kuat dan tidak mengalami cirit-birit, 'kata Oeung Um. [dailymail.co.uk]
15 Comments