Subscribe Us

Trauma Kepala di Pukul Dengan Spatula Logam Berat

Ini kes dera anak di China. Lihat kepalanya... panjang umur kanak-kanak tak berdosa ni.  Seorang budak lelaki berusia 4 tahun dari wilayah Henan telah mengalami trauma kepala yang teruk, selepas ibu tirinya didakwa memukulnya dengan spatula memasak logam berat.  Kini kanak-kanak ini menjalani proses pembedahan kali ketiga di hospital Shanghai.

Pada awal kejadian, budak lelaki itu berada dalam keadaan koma selama tujuh hari sebelum membuka matanya. "Saya tidak boleh berhenti menangis apabila dia memanggil saya nenek lagi,", "Mereka mengatakan ia adalah keajaiban." kata puan Fang.

Ibu bapa budak lelaki itu telah berpisah ketika kanak-kanak ini berusia 2 tahun dan telah dihantar untuk tinggal bersama datuk dan nenek.
Namun datuk dan neneknya memutuskan untuk menghantar budak itu kembali dengan bapa dan ibu tirinya pada bulan Februari, kerana mereka menyangka ia akan menjadi lebih baik untuknya.
"Saya tidak percaya cucu comel saya cedera parah selepas hanya dua bulan bersama meeka," kata Fang.
"Saya mahu anak saya dan isterinya [ibu tiri] juga akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara,, mereka perlu membayar untuk ini," kata Fang. [chinadaily.com]

Catat Ulasan

5 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kecian budak tu :(
Seri Bahasa berkata…
hisshh....jahat2 emak tiri ni ye...harap2 jangan la bapak kita kawen 2-3...
zati embong berkata…
ya Allah manusia..haiwan pn xbuat macam ni.
Brilliant Marjan berkata…
Kejam!

Nape nak pukul sampai mcm ni ye?Geram ke?Ish2..Cubalah fikir orang yang tak ada anak tuh...

~Tak suka nengok hal cam ni..
Maheen berkata…
This is a good post. This post gives truly quality information. I’m definitely going to look into it. Really very useful tips are provided here. Thank you so much. Keep up the good works good grips offset icing spatula