Seorang penjual 'ais kacang', yang juga bekas mangsa nahas jalan raya, Encik Faudzi Muhamad, atau nama glamornya 'Encik Boii', memberikan ais kacang percuma sambil memberikan nasihat kepada pengguna-pengguna jalan raya di Kuala Terengganu supaya berhati-hati ketika di jalan raya.
Encik Faudzi, yang kehilangan kaki kanannya dalam satu nahas motosikal pada 1995, berkata beliau menggunakan kacang, kismis, cendol dan sirap coklat sebagai bahan-bahan resipi ais kacangnya itu.
Beliau juga memberi nasihat percuma kepada para pelanggannya supaya memandu dengan selamat semasa hari percutian yang bakal menjelang ini.
'Saya beritahu mereka bahawa sayalah contoh terbaik tentang perlunya berjaga-jaga ketika di jalan raya. 'Apa yang terjadi kepada saya adalah sesuatu yang dahsyat tetapi saya mahu memainkan peranan saya dalam mengingatkan orang ramai tentang peri pentingnya keselamatan,' katanya. [The Sunday Star]
2 Comments