Subscribe Us

Kunyah Makanan Lebih Lama Boleh Mengurangkan Berat Badan

Washington DC: Berapa banyakkah anda mengunyah setiap kali makan? Menurut para ahli Universiti Kedoktoran Cina, mengunyah makanan lebih lama dapat membantu mengurangkan berat badan. Ini kerana makanan yang masuk ke dalam tubuh dicerna secara perlahan sehingga tidak menjadi lemak.


Para sukarelawan yang terpilih diminta setiap kali makan mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Hasilnya sebanyak 12% kalori lebih rendah  berbanding mereka yang mengunyah makanan 15 kali saja.
Mengunyah lebih lama memberi arahan kepada otak agar perut terasa lebih penuh. Hal ini juga berpengaruh pada sistem pencernaan yang mengurangkan ghrelin, hormon yang membuat kita merasa lapar.
Ujian yang dilakukan ke atas 16 orang sukarelawan lelaki langsing dan 14 orang lelaki bertubuh gemuk dengan usia sekitar 20 tahun, diberikan makan pie dan daging.  Meraka dirakam menggunakan kamera tersembunyi.
Hasilnya, lelaki bertubuh gemuk didapati mengunyah  dan menelan lebih cepat makanan  daripada laki-laki bertubuh langsing. Setelah menjalani ujian darah, lelaki bertubuh langsing memiliki kadar kalori yang diserap tubuh lebih rendah 11.9% daripada lelaki bertubuh besar.(IAN)

Catat Ulasan

6 Ulasan

SN berkata…
baru 4 hari puase dah rase bncit..kekeke
Firdaus Life berkata…
lepas ni kena kunyah dengan banyak sebelum telan seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah
Fairuz Zainal berkata…
aaa kalau makan banyak pun tak gemuk2 jugak, ni kes mane satu ni? hoho
Dkna Abza berkata…
kalau bab makan nie dkna memang makan bercinta..orang lain makan 15 minit jer..dkna amek masa stengah jam..hikhikkk..
duk sembang..potpetpotpet...kunyah sambil control ayu.. :D
dan yang pasti, dkna cuba elakan minum air semasa makan..dah tercekik baru amik air :D
jaga perot supaya tak membuncit!!
aima berkata…
sunnah nabi tu kunyah 40 kali ...
Cikpuan Qiqi berkata…
kn sunnah nabi..mmg elok diamalkan..prut pon xtkozut..huhu