Kunyah Makanan Lebih Lama Boleh Mengurangkan Berat Badan - orangmuo.my

Post Top Ad

Kunyah Makanan Lebih Lama Boleh Mengurangkan Berat Badan

Share This
Washington DC: Berapa banyakkah anda mengunyah setiap kali makan? Menurut para ahli Universiti Kedoktoran Cina, mengunyah makanan lebih lama dapat membantu mengurangkan berat badan. Ini kerana makanan yang masuk ke dalam tubuh dicerna secara perlahan sehingga tidak menjadi lemak.


Para sukarelawan yang terpilih diminta setiap kali makan mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Hasilnya sebanyak 12% kalori lebih rendah  berbanding mereka yang mengunyah makanan 15 kali saja.
Mengunyah lebih lama memberi arahan kepada otak agar perut terasa lebih penuh. Hal ini juga berpengaruh pada sistem pencernaan yang mengurangkan ghrelin, hormon yang membuat kita merasa lapar.
Ujian yang dilakukan ke atas 16 orang sukarelawan lelaki langsing dan 14 orang lelaki bertubuh gemuk dengan usia sekitar 20 tahun, diberikan makan pie dan daging.  Meraka dirakam menggunakan kamera tersembunyi.
Hasilnya, lelaki bertubuh gemuk didapati mengunyah  dan menelan lebih cepat makanan  daripada laki-laki bertubuh langsing. Setelah menjalani ujian darah, lelaki bertubuh langsing memiliki kadar kalori yang diserap tubuh lebih rendah 11.9% daripada lelaki bertubuh besar.(IAN)

Post Bottom Ad

Pages