Sempena musim perayaan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi, jumlah kenderaan di jalan-jalan raya sudah tentu akan meningkat berkali ganda. Sering kali kita mendapat berita tentang kemalangan ngeri yang berlaku pada setiap kali musim perayaan. Justeru marilah kita sama-sama memastikan jalan raya sebagai tempat yang paling selamat untuk semua pengguna jalan raya. Berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Berhemah di jalan raya . Sayangi keluarga anda. Ingatlah orang tersayang. Sikap toleransi boleh menyelamatkan nyawa. Hormati pengguna jalan raya yang lain, jangan pentingkan diri sendiri saja. Utamakan keselamatan . Pastikan kenderaan kita sihat dan selamat digunakan.
Anak orangutan menunggang basikal semasa kempen keselamatan jalan raya untuk kanak-kanak Thailand di Zoo Dusit, Bangkok, Thailand. Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Thailand telah mengadakan kempen untuk meningkatkan kesedaran kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri ketika berada di jalan raya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiE91YbnvcYsqow055mKaxBvM-hORCkXE6FFIVfQf5BwYjkx-59QPfkfgZK9iDYO2J7UQxQmAynCxrA8D8amwfVB3zUPuQpwFGsvXKdO-IFiBOWQ5HYYtJDYIKt53KwhdFyRotM-tkbTog/s320/orangutans+riding+bicycles2.jpg)
3 Ulasan