Subscribe Us

Hidangan Pelik Sotong Yang Telah Sedia Dihidang Hidup Kembali?

Sebuah restoran di Jepun telah mencipta hidangan unik, yang dinamakan 'Odori don' bermaksud sotong menari. Apa yang menarik ialah sotong yang telah dimasak dan sedia dihidangkan bersama nasi sushi boleh hidup kembali apabila dituangkan dengan sos soya sotong segar pada bahagian tentakelnya . Hidangan 'Odori don' ciptaan Chef Ikkatei Tabiji, di Hakodate, Jepun itu telah menjadi popular kerana keanehannya itu. Bagaimana ini berlaku? Sebenarnya ia adalah hasil tindak balas kandungan garam yang tinggi dalam sos dengan ion di dalam sel-sel sesungut [tentakel] sotong lalu menghasilkan perbezaan voltan, menyebabkan tentakel bergerak-gerak seperti hidup semulaLihat video menarik ini...

Post a Comment

17 Comments

zati embong said…
opocot terkejut mak!hahaha.pelik2.
Lea Isnawi said…
ooo..ingatkan betul2 hidup
rupanya tindak balas je
unik2
tapi takut la nak makan
Unknown said…
ish..tk beranilah nk makan walaupun hanya tindak balas....
MOH KEMBARA said…
Assalamualaikum Org Muo, pe kabar? Sanggup ke makan ende yg masih menari2? Terkezut pulak kang!
maszull said…
slm...aduhh buat mama terkejut jer...takut plak nak makan kalau mcm ni...:)
Anonymous said…
kalau saya, dah taknak dah makan uhuhu
qellissa said…
takutlah nak makan soong boleh menari cenggitu..nampak mcm hidup lg je...
Ringgo said…
otak jepun sungguh ..
Seri Bahasa said…
tak ada nafsu seri nak makan sotong tu...eeee....geli betol..
nuyin said…
err yeke tindakbalas je ni busu? ngeri je ..memang tak jadik makan kalo camni..
Dkna Abza said…
confirm dkna tak makan kalau sotong nie bergerak2 depan mata..hahaaa
Miecyber said…
Menarik tindak balasnyer..
Rain said…
seyies kagum tgk video dia!!

tapi kalau rain, xkan mkn. takut he..
Lily RIna said…
Wah, sebijik mcm hidup balik. Unik2. Geli nk mkn
ifwat said…
kalau gini gaya, memang tak makan la.. hahaha
Anonymous said…
[url=http://cialisonlinehere.com/#ojenu]buy cialis online[/url] - cialis online without prescription , http://cialisonlinehere.com/#qlyqz cialis without prescription