Seorang ahli perniagaan dari Malaysia telah menempah dan memiliki sebuah kapal pesiaran supermewah di dunia. Kapal berharga US$ 3 bilion itu diperbuat daripada emas solid dan platinum!
Bukan itu saja, dinding kapal ruang utama menggunakan bahan terpilih yang amat sukar dicari di muka bumi, iaitu tulang dinosaurus T-Rex dan batu meteor. Bahkan kapal milik jutawan yang identitinya dirahsiakan itu juga memiliki sauh daripada emas padu.
Kapal 100 kaki panjang yang dinamakan 'History Supreme' itu memerlukan masa selama tiga tahun untuk disiapkan oleh pembuat perhiasan dari Liverpool, Stuart Hughes. "Projek ini menggunakan 100 ribu kilogram emas dan platinum dan semua bahan di kapal pesiaran ini, termasuk dek dan ruang makan diperbuat daripada logam emas," ungkapnya.
Ia menambahkan, projek pembuatan kapal pesiaran emas adalah pekerjaan paling sukar dalam kariernya. Pembinaannya memerlukan waktu tiga tahun untuk merancang termasuk izin pembuatan dengan menggunakan bahan teristimewa.[sumber :stuarthughes.com]
12 Comments
memang eksklusif..
Lelaki Memang Tak Akan Faham Perempuan
Antara Keinginan Dan Yang Dah Tertulis