Gornji Milanovac: Hidangan istimewa yang disediakan daripada kelenjar kelamin jantan atau testis mungkin agak pelik dan memualkan bagi kita. Namun, di tangan seorang tukang masak handal, bahan masakan yang terkenal unik itu akan menjadi pelbagai jenis hidangan yang amat lazat di festival tahunan World Testicle & Aphrodisiac Cooking di Serbia.
Penganjurnya, Chef Lubomir Erovic menjelaskan testis daripada pelbagai haiwan termasuk lembu, kanggaro, unta dan burung unta adalah bahan makanan yang kaya dengan testosteron dan mineral. Kata Erovic lagi testis juga bermanfaat sebagai penambah stamina untuk lelaki. Itulah sebabnya bahan makanan yang teristimewa ini menjadi primadona bagi kaum lelaki Serbia.
Pada festival ini, Erovic juga akan bertugas sebagai juri. Beliau sebenarnya seorang tukang masak handal dan berpengalaman lebih 20 tahun telah menerbitkan sebuah buku berisi berbagai resepi. Resepi-resepi ternama Erovic di antaranya pizza testis, testis tepung, dan testikel panggang. Hidangan terbaik dari festival tahun ini didedikasikan khusus untuk Putera William dan Kate Middleton yang sedang menantikan kehamilan sulung dari perkahwinan mereka.(Metro/AIS)
15 Comments
sanggup makan ka..
geli weh..