Subscribe Us

Universiti Wanita Terbesar di Dunia : 'Princess Noura University Arab Saudi'


RIYADH- Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah telah merasmikan sebuah universiti khusus bagi wanita, 'Princess Noura University Arab Saudi'  merupakan  universiti wanita paling besar di dunia dan menjadi sebahagian rancangan pendidikan kerajaan Arab Saudi.  Pembinaannya yang menelan belanja kira-kira 20 bilion riyal (RM17 bilion) terletak kira-kira 25 kilometer ke timur ibu kota negara itu di Riyadh dengan keluasan tapak kawasan kampusnya lebih 800 hektar.  PNU boleh menempatkan kira-kira 50,000 pelajar di kampusnya.


'Universiti Puteri Nora adalah simbol pendidikan wanita dan penyertaan wanita dalam pembangunan negara ini,' kata Encik Al-Assaf semasa memberi gambaran keseluruhan mengenai kampus itu, yang termasuk sebuah fakulti perubatan, sebuah pusat penyelidikan dan sebuah perpustakaan yang mempunyai lima juta buku dan jurnal.



Sebuah bandar sukan bagi wanita akan menjadi satu lagi daya tarikan universiti tersebut, selain sebuah terowong di sepanjang kampus universiti itu.
Kawasan perumahan di PNU mempunyai sekitar 1,400 villa dan kemudahan hospital yang besar bagi membolehkan penginapan seramai 12,000 pelajar,' kata menteri itu.

Universiti itu menempatkan juga beberapa kemudahan utama lain yang mematuhi panduan sekitaran, selain mempunyai loji perawatan sisa pepejal, kemudahan perawatan air kumbahan serta beberapa gudang dan bengkel penyenggaraan.

Catat Ulasan

6 Ulasan

aima berkata…
nak p smbung study sana la
aima berkata…
nak p smbung study sana la
nurshaf berkata…
wah, bagusnye,,,,agaknye besar manelah kan, saya ni blaja kat u yang kecik je,,,tapi alhamdulillah
odahonebizz berkata…
amboi besonya universiti...khas utk gurl pulak tu...dtg sana nak blajo jgn main tarik2 rambut pulak...hoho...
APAN berkata…
harapnya dpat melahirkan muslimah yg berjaya la nanti kat sana...jngan asek nak kejar rekod je. huhu...