Mesir- Seorang guru lelaki,  bernama Magdi el-Shaar, bertindak melakukan hukuman keterlaluan kepada  murid-muridnya hanya kerana kerja rumah yang tidak disiapkan. Hukuman  memukul tapak tangan dengan pembaris beberapa kali, menarik rambut,  serta jeritan kesakitan dan ketakutan kanak-kanak yang dihukum terpapar di  dalam video itu  amat menyedihkan apatah lagi  kanak-kanak tersebut hanya baru berumur bawah 10 tahun.
WARNING: VIDEO CONTAINS DISTRESSING IMAGES OF CHILDREN BEING BEATEN.
Alasan yang diberikan mengapa bertindak seperti itu, dia  dilaporkan telah menyalahkan revolusi negara awal tahun ini, yang telah terjadi di kota Kafr Shukr, Gharbiya.
Apabila El-Shaar ditanya pendakwa mengapa bertindak demikian dia berkata, "Mengenakan hukuman fizikal merupakan cara terbaik untuk mendisiplinkan anak-anak terutama selepas pemberontakan 25 Januari."
Apabila El-Shaar ditanya pendakwa mengapa bertindak demikian dia berkata, "Mengenakan hukuman fizikal merupakan cara terbaik untuk mendisiplinkan anak-anak terutama selepas pemberontakan 25 Januari."
Lebih daripada 10 orang kanak-kanak, semua berusia di bawah 10, kelihatan sedang didera.  Polis  mengatakan guru berkenaan telah ditangkap dan disoal siasat oleh pegawai perundangan tempatan  dan sekolah berkenaan ditutup sementara atas arahan Menteri Perpaduan Sosial. 
 Akhbar  di Mesir mengatakan perkhidmatan perpaduan sosial akan memutuskan sama ada akan membuka kembali atau menutup sekolah itu bergantung pada  hasil siasatan. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
20 Ulasan
kat mesir ni, budak dia melampau. tak berdisiplin dan tidak mementingkan pelajaran. dari video ni, apa yang saya lihat, ini salah satu cara cikgu tu mendidik..
kalau zaman2 mak ayah saya dulu, macamni lah gaya cikgu tu mengajar di sekolah. bahkan atok nenek dah pesan awal kat cikgu suh pukul kalau tak buat apa yang diarahkan.
seingat teman, lebih kurang beberapa belas tahun lepas... corporal punishment dah tak dibenarkan... semua pihak akur.... kemudian tiap sekolah yang layak dah ada kounselor... dah beberapa belas tahun selepas itu, hasilnya adalah seperti yang kita dapatan sekarang...
*tapi dalam bideo tu... kasar sangat.. walopon hasilnya mungkin baik dalam masa berbelas tahun akan datang juga!!
bagaimana perasaan cikgu tu jika perbuatan yang sama dilakukan ke atas anaknya?
zaman pukul memukul mungkin dah berlalu.tmbh2 kalo kat malaysia ni..
cuit sikit je pun mak ayah nk saman cikgu..
dah x same mcm dulu..
tp kalo setakat pukul tgn tu ok lg la..yg tarik2 rambut tu melampau la pulak..
Sape kate pukul x leh dalam mendidik..nie semua tanggapan yang silap...dalam mendidik cara sembahyang..kan kita di suruh ajar anak pada waktu tujuh tahun dan pukul kalau dia engkar apabila usia 10 tahun..so apa salahnya..cuma kalau anak kecil bawah sepuluh tahun tu memang x wajar di pukul....
visit
jangankalot.blogspot.com
RX-S ENERGY INDUCTION
tapi yg pelik, ade gak org kat atas ni sokong. mcm xde hati perut je
Al-kisah Blog Seekor Makcik yang Menghina Islam...
ZullNadz New Entry:Ferguson pandai cakap Melayu
Skim Latihan 1Malaysia = SL1M