Colombia: Banyak peluang bagi seorang  ayah untuk mendidik anak-anak mengenal erti hidup. Bahkan dalam beberapa aspek, peranan ayah  dinilai lebih efektif dibandingkan si ibu. Anda dapat melakukannya di  mana saja, sama ada  secara langsung mahupun tidak. Berikut beberapa panduan  untuk membentuk karakter yang lebih baik:
1. Sentiasa Berkomunikasi
Ajak anak anda berbual atau bertutur, maka anak anda akan mendengarkan. Menurut sebuah studi dalam Journal of Applied Developmental Psychology, ayah  memiliki impak yang lebih besar terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak  pada usia 3 tahun dibandingkan yang dilakukan si ibu. Gunakan  kata-kata yang bersemangat , walaupun anak anda tidak begitu memahami. Anak-anak  belajar banyak dengan konteks. 
2. Jangan biarkan anak anda buat perangai (emosi anak meledak)
Menurut Hal Edward Runkel, seorang pakar terapi  keluarga  dan penulis buku 'Scream Free Parenting', jika anda hanya membiarkan kelakuan emosi anak anda, anda sebenarnya telah mendorong anak  berperilaku yang lebih buruk. Sebaliknya, ketika  anak anda berteriak atau menangis, tenangkanlah dan berikan perhatian sepenuhnya. Perhatian anda ini tidak akan membuatnya keliru  dan anak merasa selamat, mendapat kasih-sayang dan perhatian ayahnya. 
3.Cabar Mereka
Anak yang berusia empat tahun mula bersaing dengan orang tua mereka dengan mengajaknya seperti bergurau, berlari, bergelut atau bergumpal di sofa, kerana hal-hal seperti itu disukai anak-anak.  Biarkan mereka banyak menang, dan kemudian perlahan-lahan  berikan tekanan sehingga mereka harus berusaha lebih keras untuk mendapat  kemenangan mereka. "Ini cara bagi anak-anak untuk mengembangkan kekuatan  dan membiarkan mereka menguji otot mereka," kata Justin Richardson, MD,  yang mengajar psikiatri di Universiti Columbia. Mereka akan  lebih yakin pada  diri sendiri, dan dapat mengurangkan  kelakuan kasar.
4. Ajarkan mereka untuk berfikir dan galakan membuat keputusan sendiri
Ketika anak-anak anda masih kecil, bawa mereka ke kedai peralatan  (hardware) umpamanya. Biarkan mereka melihat anda melakukan sesuatu pekerjaann atau menjelajahi kelengkapan peralatan yang ada di rumah contohnya, serta berikan peluang untuk mencuba sesuatu seperti membetulkan lampu yang rosak.  
5. Ajarkan harapan yang realiti
Mungkin anda tidak inginkan anak yang ajaib, tetapi masyarakat yang  kompetitif menunjukkan sebaliknya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak  anak-anak mengalami kesulitan dalam fokus, kata Andrew C. Ramsey  MD,  seorang profesor psikiatri di Universiti Columbia.  Pastikan anak Anda  tahu harapan Anda.  (sumber:MensHealth/MEL)

11 Ulasan
|CIK TIKAH|
jom join contest nie
http://ezaiza.blogspot.com/2011/04/contest-hoi-aku-wakil-sekolah.html