Subscribe Us

Peranan Ayah Membentuk Karakter Anak

Colombia: Banyak peluang bagi seorang ayah untuk mendidik anak-anak mengenal erti hidup. Bahkan dalam beberapa aspek, peranan ayah dinilai lebih efektif dibandingkan si ibu. Anda dapat melakukannya di mana saja, sama ada  secara langsung mahupun tidak. Berikut beberapa panduan untuk membentuk karakter yang lebih baik:

1. Sentiasa Berkomunikasi
Ajak anak anda berbual atau bertutur, maka anak anda akan mendengarkan. Menurut sebuah studi dalam Journal of Applied Developmental Psychology, ayah memiliki impak yang lebih besar terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak pada usia 3 tahun dibandingkan yang dilakukan si ibu. Gunakan kata-kata yang bersemangat , walaupun anak anda tidak begitu memahami. Anak-anak belajar banyak dengan konteks.

2. Jangan biarkan anak anda buat perangai (emosi anak meledak)
Menurut Hal Edward Runkel, seorang pakar terapi  keluarga dan penulis buku 'Scream Free Parenting', jika anda hanya membiarkan kelakuan emosi anak anda, anda sebenarnya telah mendorong anak  berperilaku yang lebih buruk. Sebaliknya, ketika anak anda berteriak atau menangis, tenangkanlah dan berikan perhatian sepenuhnya. Perhatian anda ini tidak akan membuatnya keliru dan anak merasa selamat, mendapat kasih-sayang dan perhatian ayahnya.

3.Cabar  Mereka
Anak yang berusia empat tahun mula bersaing dengan orang tua mereka dengan mengajaknya seperti bergurau, berlari, bergelut atau bergumpal di sofa, kerana hal-hal seperti itu disukai anak-anak.  Biarkan mereka banyak menang, dan kemudian perlahan-lahan berikan tekanan sehingga mereka harus berusaha lebih keras untuk mendapat kemenangan mereka. "Ini cara bagi anak-anak untuk mengembangkan kekuatan dan membiarkan mereka menguji otot mereka," kata Justin Richardson, MD, yang mengajar psikiatri di Universiti Columbia. Mereka akan lebih yakin pada  diri sendiri, dan dapat mengurangkan  kelakuan kasar.

4. Ajarkan mereka untuk berfikir dan galakan membuat keputusan sendiri
Ketika anak-anak anda masih kecil, bawa mereka ke kedai peralatan (hardware) umpamanya. Biarkan mereka melihat anda melakukan sesuatu pekerjaann atau menjelajahi kelengkapan peralatan yang ada di rumah contohnya, serta berikan peluang untuk mencuba sesuatu seperti membetulkan lampu yang rosak. 

5. Ajarkan harapan yang realiti
Mungkin anda tidak inginkan anak yang ajaib, tetapi masyarakat yang kompetitif menunjukkan sebaliknya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak anak-anak mengalami kesulitan dalam fokus, kata Andrew C. Ramsey  MD, seorang profesor psikiatri di Universiti Columbia.  Pastikan anak Anda tahu harapan Anda.  (sumber:MensHealth/MEL)

Catat Ulasan

11 Ulasan

Cik tikah berkata…
semuanya bermula dari rumah :)

|CIK TIKAH|
Kak Mahh berkata…
Semuanya bermula dari rumah,guru disekolah membantu ibubapa disekolah.
AkuMuzikFilem berkata…
nice. i must try
nasri berkata…
walaupn blum jd bapak org lagi, tp info nie bolehla dijadikan pengetahuan utk mse depn.. he3..
LindaRahim berkata…
anak2 sy lebih takutkan ayah mrk krn ayah mrk bekerja dan hanya berjumpa anak2 dr ptg membawa ke mlm dan pd hari cuti shj. bukan juga mereka tidak takutkan sy, tetapi krn mrk th kelemahan sy yg mudah lembut hati...selalu sgt sy yg menegur itu ini, ttp mrk th yg mana sy benar2 maksudkan atau yg mana sekadar menggertak...kalau ayah pula yg menegur, mereka tahu...tak ada kompromi...
Nurul Aiman Ahmad berkata…
betol2..dr sekarang kena cr papa yang ade character good la.. hehe.untuk anka2 i.:)
Nurul Aiman Ahmad berkata…
betol2..dr sekarang kena cr papa yang ade character good la.. hehe.untuk anka2 i.:)
Firdaus Life berkata…
info yang berguna bagi seseorang yang baru saje bergelar ayah. :)
alhamdulillah..memang di praktikkan semua tu...
aliza berkata…
peranan ayah bukan lebih dominan .. tp ayah memang lebih dominan dalam minda anak sbb ayah biasanya berlembut dgn anak2 banding ibu yg tegas mendidik... so pd sy peranan ibu lebih dominan dalam mendidik walaupun x dominan dalam hati anak sbb yg tegas x popular biasanya...
jom join contest nie
http://ezaiza.blogspot.com/2011/04/contest-hoi-aku-wakil-sekolah.html
yahaya berkata…
tambah pengetahuan disini.menarik....