Subscribe Us

Inginkan Anak Perempuan? Amalkan Diet Makanan Yang Kaya Dengan Kalsium dan Magnesium

Ingin punya anak perempuan? Menurut hasil kajian para saintis Belanda, dari universiti Delft dan Maastricht, sekiranya anda ingin meningkatkan peluang untuk  melahirkan anak perempuan lakukanlah diet dengan mengambil makanan yang mengandungi tahap tinggi kalsium dan magnesium, seperti sayur-sayuran hijau, dalam beberapa minggu sebelum konsepsi [sebelum kehamilan].


Sebaliknya, makanan yang kaya dengan kalium dan natrium - seperti pisang dan kentang - lebih cenderung untuk membantu wanita yang ingin memiliki anak laki-laki, walaupun hal ini belum diuji. 


Pasukan pengkaji melakukan kajian terhadap sekumpulan wanita dengan mengikuti diet yang telah disusun oleh para penyelidik. Hasilnya 80 peratus daripadanya berjaya memiliki anak perempuan. Mereka telah menghabiskan masa lima tahun bekerja dengan 172 pasangan, yang semuanya ingin menambah anak perempuan untuk keluarga mereka. Antara 172 pasangan ini sudah mempunyai 358 anak lelaki  dan hanya dua orang anak perempuan.


Pada sembilan minggu  pertama sebelum merancang kehamilan, setiap diet dimulai dengan melebihkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan beras untuk meningkatkan kadar kalsium dan magnesium dalam aliran darah mereka.


Selain itu, mereka diberi tablet  mineral penting setiap hari, sentiasa melakukan pemantauan darah dan harus belajar 'asaccurately' semasa waktu  puncak  kesuburan mereka  setiap bulan.
Pada akhir kajian, dari 32 pasangan yang menyelesaikan program ini, 26 orang ibu telah melahirkan anak perempuan dan enam orang lagi melahirkan anak laki-laki.  


Sebagai seorang Islam, semuanya itu adalah urusan Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Pencipta. Kajian di atas adalah sebagai pengetahuan ilmiah dan mungkin boleh dijadikan sebagai alternatif kepada sesiapa yang ingin mencubanya atau mempraktikannya. Berusaha dan bertawakal itulah yang terbaik. [zeenews.com]

Catat Ulasan

14 Ulasan

Unknown berkata…
waa..
jaga makan pn leh tentukan jantina anak yer..
akan dicuba kelak:)
Dinar berkata…
Tahniah...kerana kongsi info..
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
heheh...blom blh praktikkan tapi info menarik dan ptt dicuba oleh mereka yang inginkan anak perempuan...nice sharing
faisal berkata…
perlu berusaha dan tawakal..anak adalah anugerah..
erm..usaha dan doa utk sesuatu cita2..
Tips ni mgkn juga berguna utk usaha itu..hehe..
Itu Aku berkata…
saya xkwen lg
klu anak kembaq camne
ada petua ke..hheheheheh
Diari Si Froggie berkata…
info yang berguna..berusaha xsala. :)

tapi blom bole try lagi..hik3
Firdaus Life berkata…
wah tips yang bagus. tapi sy nak anak lelaki bile dah kawen nanti :)
Aku Anak Pahang berkata…
Salam, terkadang rezeki jugakan nak dpt anak apa, ada sorang sahabat saya anak dia 5 lelaki dan cuba macam2 cara tak jalan :(
New Entry "Makin ramai lelaki sudah 'tak pandai mengayat'"
Cikbelog berkata…
nanti dah kawen boleh la try usaha camni.hhehe
Esempoi berkata…
ni rasa semakin semangat nak tambah anak ni.. hehe
Temuk berkata…
As-Salam orang muo
Apa kabar? Semoga sihat.

Maklumat (dan ilmu) yg sungguh menarik. Dari segi zahirnya, insya-Allah, mungkin itu boleh jadi salah satu faktor, sekalipun pada penghujungnya, kesemuanya adalah mengikut ketentuan-Nya jua. Ceria selalu!
Organikaceh berkata…
Kalo ingin anak laki-laki ada tipsnya tidak sobat? ditunggu postingannya ya..,
Nice artikel.
Salam kenal.
Miecyber berkata…
Tips menarik...

Ikan Patin Temerloh