Subscribe Us

Hotel Angkasa Lepas Pertama di Buka 2012

Barcelona: Hotel di ruang  angkasa lepas yang selama ini hanya ada dalam cerita fiksyen ilmiah akan benar-benar wujud. Newslite melaporkan, baru-baru ini, hotel angkasa lepas pertama di dunia, Galactic Suite, akan mula beroperasi pada 2012.  Meskipun masih dalam tahap pembangunan, hotel ini telah menjadi impian para hartawan  berdompet tebal.
Setakat ini seramai 43 orang pelancong angkasa kepas telah menempah  bilik untuk hotel stesen ruang angkasa lepas yang berjarak 450 km dari bumi itu. Pelancong angkasa lepas perlu mengeluarkan sejumlah wang sebanyak £2,650,000  [RM15 juta] untuk berlibur di luar angkasa, sekaligus menginap selama empat hari di hotel itu. Di sana, mereka berpeluang  melihat matahari terbit 15 kali sehari.  
Lebih menarik lagi mereka dapat melihat perubahan  hari siang dan malam di seluruh dunia setiap 80 minit.  Mereka juga dibenarkan mengambil foto kenangan pertama di luar angkasa.
Sebuah ruangan di hotel itu direka bentuk untuk para pelancong angkasa lepas  merasakan mengapung tanpa graviti. Mereka juga dapat melihat ruang angkasa di dalam ruangan terbesar.
"Kapal pelancong angkasa lepas khusus untuk pelancong akan diluncurkan ke ruang kapal Galactic Suite Spacecraft dengan kelajuan 28 ribu km sejam dalam tempoh sepuluh minit setelah penyalaan roket. Kemudian ia akan melakukan perjalanan ke ruang angkasa lepas," ungkap Seorang jurucakap Galactic Suite di Barcelona, Spanyol.(ULF)

Post a Comment

6 Comments

nasri said…
org2 kaya europe, arab boleh la pergi.. takat 2juta pound bg dorg apelah sgt.. org Malaysia nak pergi 15juta tu.. klo buat masjid, dh ckup cantik dah.. huhu..
lizz said…
wah menarik ni....best giler kalau dapat pegi...
Miecyber said…
Bestnyer....tapi saya tak mampu..uwaa....


Peribahasa Jepun ( Part 2 )
a'bang 3 said…
keren.. semakin canggih.. :D
Unknown said…
ini baru namanyer honeymoon...
lpas pergi pastu bankrap.
hehee
semoga yg pergi melancong ke situ selamat pergi dan selamat pulang ke bumi..