London: Seperti asal-usul nenek moyang kita, semua  bahasa juga berasal dari benua Afrika. Demikian pendapat sejumlah  ilmuwan Barat setelah meneliti asal loghat dan bahasa yang  berkembang di Benua Hitam sejak 150 ribu tahun lalu. 
Penelitian yang menggunakan "World Atlas of Language Structure" sebagai  sumber utamanya itu berpegang pada teori bahwa peradaban yang lebih tua  memiliki perbezaan linguistik yang lebih banyak berbanding peradaban yang  lebih muda. Dengan menganalisis ratusan bahasa, para penyelidik mendakwa  telah berjaya menemui bukti dengan banyaknya bila dan dari mana bahasa-bahasa tersebut  berasal.
"Kami menyelidiki sekitar 504 bahasa untuk mengetahui berapa banyak  fonem (bunyi pengucapan khusus) yang ada dalam bahasa tersebut. Dari  penelitian ini kami menemukan bahwa bahasa-bahasa di Afrika rata-rata  memiliki sekitar 100 fonem. Bahasa Inggris, Prancis dan Jerman saja  hanya memiliki sekitar 45 fonem," jelas Dokter Quentin yang mengetuai  penyelidikan itu. [Sila baca keseluruhannya untuk mengelak kekeliruan]
Kira-kira 150 ribu tahun yang lalu, cave art [salah satu bentuk komunikasi  manusia paling primitif] mula berkembang di Afrika. Diperkirakan pada  80 ribu tahun lalu, bangsa keturunan Afrika pertama mula meninggalkan benua  ini dan menjelajahi dunia dengan membawa bersama bahasa mereka. 
"Bukti-bukti tersebut menandakan bahwa bahasa berasal dari sebuah sumber  yang sama dan bukan berkembang masing-masing secara independen. Saya  cukup terkejut mengetahui hal ini," kata Quentin lagi. 
Penelitian yang diterbitkan di Jurnal Science ini juga mengaitkan antara  jumlah fonem dengan proses kolonisasi. Menurut Quentin, jumlah fonem di  area-area yang dikolonisasi oleh bangsa-bangsa lainnya umumnya  bertambah dengan diperkenalkanya bahasa baru kepada bangsa terjajah. (CHR/Telegraph/MEL)
Islam telah menyatakan dengan jelas bahawa manusia pertama yang yang diturunkan dan menjelajahi bumi ini ialah Nabi Adam Alaihissalam bersama isterinya Hawa. Oleh itu bahasa pertama manusia di dunia adalah bahasa yang dipertuturkan oleh Nabi Adam as dan kaumnya, iaitu bahasa Suryani. Cuma yang menjadi persoalannya ialah di mana Allah menurunkan Nabi Adam as dari syurga ke muka bumi ini. Ada sesetengah pendapat mengatakan Nabi Adam diturunkan di benua India, ada juga yang berpendapat Nabi Adam turun di bumi Arab dan Afrika.
Diriwayatkan bahawa Nabi Adam dikeluarkan dari syurga dan diturunkan di  India di satu tempat yang bernama Sarnadib mengikut pendapat yang  paling masyhur.
Hawa pula diturunkan di satu tempat yang bernama Judah. Nabi Adam mencari Hawa dan mereka bertemu di Muzdalifah yang terletak antara Mekah dan Arafah. Mengikut pendapat lain mereka bertemu di satu tempat yang bernama Arafah. Sementara Iblis pula diturunkan di satu tempat yang bernama Al-Ublah di Iraq.
Hawa pula diturunkan di satu tempat yang bernama Judah. Nabi Adam mencari Hawa dan mereka bertemu di Muzdalifah yang terletak antara Mekah dan Arafah. Mengikut pendapat lain mereka bertemu di satu tempat yang bernama Arafah. Sementara Iblis pula diturunkan di satu tempat yang bernama Al-Ublah di Iraq.
Dikatakan bahawa tempat yang paling harum baunya di atas muka bumi ini  ialah tempat di mana Nabi Adam diturunkan. Ini disebabkan bauan syurga  melekat di pohon-pohon yang terdapat di tempat tersebut. Wallahhu Taala A'lam

5 Ulasan
Tips Elakkan Mabuk Darat