Subscribe Us

Penduduk China Berebut Membeli Garam Gara-Gara Radiasi Nuklear Jepun

Jika Malaysia sering menghadapai masalah kekurangan bekalan gula pada musim-musim perayaan, berlainan pula dengan negara China gara-gara sumber maklumt yang tidak tepat mengatakan garam yang mengandungi iodin dapat merawat atau mencegah keracunan radiasi nuklear Jepun yang mungkin merebak hingga ke negara mereka.  
Orang ramai bergegas ke supermarket untuk membeli pakej garam beriodin, kerana mereka percaya bahawa iodin yang terkandung dalam garam boleh membantu mencegah keracunan radiasi atau kerana mereka percaya bahawa garam yang dihasilkan dari air laut tercemar dengan radiasi tidak selamat untuk dimakan. Kini kebanyakan kedai dan pasar raya telah kehabisan stok garam.

Orang ramai yang panik berebut-rebut membeli garam di sebuah supermarket pada hari Khamis di Lanzhou, ibu kota provinsi Gansu berikutan oleh rumos palsu bahawa garam beriodin dapat membantu mengubat keracunan radiasi. 
Pihak Kementerian Kesihatan negara berkenaan melalui  di websitenya, memberitahu orang ramai mengambil garam biasa tidak boleh mencegah penyakit radiasi. Seorang dewasa perlu untuk menelan 3 kilogram garam pada satu masa untuk membantu mencegah kesan kesihatan dari sinaran, kata kementerian tersebut.
Pil Kalium Potassium iodide digunakan untuk membantu mengurangkan kesan radiasi, tetapi garam biasa tidak mengandungi cukup iodin untuk menyekat keracunan, mengikut ahli kesihatan. [sumber: China Daily]

Catat Ulasan

4 Ulasan

Fadzli Amir berkata…
amboi sekali 3 kilo pada 1 masa...mau kena darah tinggi pulak nanti,...
lain penyakit plak yg datang....sian
Sire Johhny Deep berkata…
kena wat bunker satu gak nie...
simpan stok garam...
Nancypoh berkata…
Ye la..siapa nak garam yg tercemar dgn radiasi kan..nak ambil air laut pun lagi lah merbahaya..kat malaysia tak berebut garam ke?