Subscribe Us

Kota Terbaik Dunia & Kota Terburuk Dunia

Penyelidikan dan kajian tahunan yang dilakukan oleh Economist Intelligence Unit, kota Vancouver , Kanada diisytiharkan sebagai kota terbaik dunia dengan  memperoleh  98% berdasarkan  30 faktor  termasuk penilaian pada kombinasi stabiliti, politik, ekonomi, fasiliti kesihatan, kebudayaan dan persekitaran, pendidikan, keamanan dan infrastruktur kekal tidak berubah seperti pencapaian penilaian tahun lalu, demikian Reuters Life melaporkan. Sementara Harare, ibukota Zimbabwe tersenarai sebagai kota paling buruk sebagai tempat tinggal dengan memperoleh 37.5% penilaian.
Osaka menjadi menjadi wakil kota terbaik dari Asia, berada pada kedudukan tangga ke-12, bersaing dengan Geneva, Swiss dan mengalahkan ibu kota Jepun, Tokyo, yang berada di peringkat 18.  Hong Kong berada di peringkat ke-31 manakala Beijing, berada pada kedudukan ke-72.
Bagaimana pula dengan ibu kota negara Malaysia? Adakah Kuala Lumpur berupaya melayakkan diri termasuk dalam senarai kota terbaik dunia suatu hari nanti?
Berikut adalah senarai 10 kota terbaik dunia untuk tempat tinggal menurut The Economist Intelligence Unit:
1. Vancouver, Kanada
2. Melbourne, Australia
3. Wina, Austria
4. Toronto, Kanada
5. Calgary, Kanada
6. Helsinki, Finlandia
7. Sydney, Australia
8. Perth, Australia
8. Adelaide, Australia
10. Auckland, New Zealand

Sementara itu 10 kota terburuk untuk tempat tinggal menurut The Economist Intelligence Unit adalah:
1. Harare, Zimbabwe
2. Dhaka , Bangladesh
3. Port Moresby, Papua New Guinea
4. Lagos, Nigeria
5. Aljir, Aljazair
6. Karachi, Pakistan
7. Douala, Cameron
8. Teheran, Iran
9. Dakar, Senegal
10. ?

Catat Ulasan

14 Ulasan

Firdaus Life berkata…
bile la agaknye bole lawat salah satu kota terbaik yang anda senaraikan ni.. thanx
Miecyber berkata…
Saspenyer... nombor 10 terburuk kat mana yer...

Tatu
marina anakcikbob berkata…
nombor 10 terburuk tu mana?
ejatidiaz berkata…
kl no 79
http://en.wikipedia.org/wiki/Greater_Kuala_Lumpur
orang muo berkata…
ejat: boleh tahan juga kl di tangga 79 kira ok jugak :)
Kak Mahh berkata…
No.10...negara mana?
Pemerhati Dunia berkata…
kesiannya zimbabwe tersenarai kota terburuk...
Adinda Amy Sensei berkata…
wahh.. :)
aima berkata…
no 10 terburuk tu kat mana?
orang muo berkata…
no 10 terburuk x dpt dikesan hilang dlm catatan :)
Prof. Era Pasca berkata…
kolombo, sri langka no 10
thomas berkata…
KL perlukan sistem pengangkutan awam yg lebih baik dan pengurangan hadar jenayah.
Ain berkata…
Saya skrg tinggal di Kota no. 2 terbaik di dunia..memg ok cuma sewa rumah semakin mahal dr thn ke thn
Alhamdulillah berkata…
tak payah la percaya ...semua tu analisa daripada siapa? sudah tentu daripada puak2 israel...katalah kota tu ada macam2....
tapi tempat yang baik adalah negara islam sudah tentu darul madinah...hari2 boleh dengar azan, solat berjemaah, dan semangat keislaman yang tinggi...dan antara kota yang tidak akan dimasuki oleh DAJAL laknatullah...kota yang paling selamat