Seorang penternak biri-biri di China mendakwa seekor biri-biri betina di ladangnya telah melahirkan seekor anak biri-biri tetapi mirip seperti seekor anak anjing. Tubuhnya seperti biri-biri dengan berbulu tebal, tetapi mulut, hidung, ekor serta tapak kakinya menyerupai anjing. Berita ganjil ini telah menyebabkan orang ramai berpusu-pusu ke ladang Liu Naiying untuk melihat haiwan luarbiasa itu. Liu juga mengatakan gerak laku anak biri-biri pelik ini ketika bermain seperti seekor anak anjing.
Menurut pakar veterinar, Yue Guozhang, penyelidik di Xi'an City Animal Husbandry Technology Centre, adalah mustahil biri-biri boleh mengandungkan baka anjing dan seterusnya melahirkan anak kacukan anjing & biri-biri kerana kedua-dua haiwan ini berlainan spesies.
Yue Guozhang menegaskan bahawa kes ini dikategorikan sebagai kelahiran luar biasa.
7 ulasan:
wow!! tol ke nih? o.0
dah bt dna ker tentang kesahihannya???
uish..
ini misti wat sumbang mahram ngan anjing nie..
kuasa tuhan..apa pon boleh jadi
salam...
ermmm..dasar anjing
mana pun dia sapu..
he he..susah la gini
hehe.. pelik ek..?
Catat Ulasan