Subscribe Us

Just Like Mum! Anak Chetah Belajar Berdikari...Bersedia Menghadapi Cabaran Hidup

Walaupun  bulu badan masih kelihatan seperti  baru lahir,  baru belajar menyeimbangkan  kaki yang tampak terlalu panjang untuk tubuh mereka, namun anak-anak chetah berusaha mahu menjadi lebih cekap, pantas dan kuat seperti ibunya.
Keletah enam ekor anak chetah  sempat dirakam di Kem Kicheche Masai Mara  di Kenya's  mengikuti ibu mereka di sebatang pohon akasia berusaha belajar memanjat untuk melihat kawasan dataran dengan lebih jelas. Cheetah adalah mamalia terpantas di planet ini.  Namun pada peringkat awal bulan pertama kelahiran adalah saat paling kritikal bagi anak-anak chetah yang masih lemah dan sering berada dalam bahaya. Haiwan ini bergantung pada kelajuan untuk kelangsungan hidup. 
Sekitar 90 peratus cheetah yang terbunuh selama ini adalah sewaktu masih kecil atau baru lahir akibat  serangan dari pemangsa yang lebih besar termasuk singa, hyena, dan harimau bintang
Spesies ini dianggap sebagai speseis terancam kerana dianggarkan hanya kira-kira 12500 cheetah yang masih hidup di alam liar, tersebar di 25 negara Afrika.[dailymail.uk.co]

Catat Ulasan

6 Ulasan

anakpakcikali berkata…
tringin nk main2 dgn anak cheetah..comel mcm kucing...
mira_nas berkata…
comelnya.. geram pulak tgk.. tapi takut plak nak pegang..
Pengumpul Blog berkata…
bayangkan chetah dapat memecut sehingga 75km sejam dalam beberapa saat sahaja. Kelajuannya dapat mengalahkan kelajuan kura-kura. Hik...
Azian Elias berkata…
comenya... geram tgk bulu cheetah.
farhana sahri berkata…
comel...tp takuuuuttt...hahahaa
Wani. J berkata…
pandai la ank2 die.. huhuhuh

:D

COMEL PLAK ;)