Walaupun bulu badan masih kelihatan seperti baru lahir, baru belajar menyeimbangkan kaki yang tampak terlalu panjang untuk tubuh mereka, namun anak-anak chetah berusaha mahu menjadi lebih cekap, pantas dan kuat seperti ibunya.
Keletah enam ekor anak chetah sempat dirakam di Kem Kicheche Masai Mara di Kenya's mengikuti ibu mereka di sebatang pohon akasia berusaha belajar memanjat untuk melihat kawasan dataran dengan lebih jelas. Cheetah adalah mamalia terpantas di planet ini. Namun pada peringkat awal bulan pertama kelahiran adalah saat paling kritikal bagi anak-anak chetah yang masih lemah dan sering berada dalam bahaya. Haiwan ini bergantung pada kelajuan untuk kelangsungan hidup.
Sekitar 90 peratus cheetah yang terbunuh selama ini adalah sewaktu masih kecil atau baru lahir akibat serangan dari pemangsa yang lebih besar termasuk singa, hyena, dan harimau bintang
Spesies ini dianggap sebagai speseis terancam kerana dianggarkan hanya kira-kira 12500 cheetah yang masih hidup di alam liar, tersebar di 25 negara Afrika.[dailymail.uk.co]
6 ulasan:
tringin nk main2 dgn anak cheetah..comel mcm kucing...
comelnya.. geram pulak tgk.. tapi takut plak nak pegang..
bayangkan chetah dapat memecut sehingga 75km sejam dalam beberapa saat sahaja. Kelajuannya dapat mengalahkan kelajuan kura-kura. Hik...
comenya... geram tgk bulu cheetah.
comel...tp takuuuuttt...hahahaa
pandai la ank2 die.. huhuhuh
:D
COMEL PLAK ;)
Catat Ulasan