Subscribe Us

Arowana Penyeri Rumah, Penghibur & Merawat Stress


Hampir semua orang mempunyai haiwan kesayangan masing-masing.  Antara haiwan  peliharaan atau haiwan hiasan yang menjadi kegilaan semua golongan masyarakat ialah ikan kelisa atau arowana


Ikan arowana terdiri daripada  pelbagai jenis dengan harga daripada  yang murah seperti kelisa hijau atau kuning, kelisa Australia dan half red yang berharga antara RM 150.00 - RM 300.00 sehinggalah arowana jenis yang mahal seperti Red Tail  golden arowana, [RTG Indonesia RM800- RM950.00], High Back Golden Arowana [RM 1800- 3000.00],  Malaysian  Golden Arowana [RM2500 - RM5000] dan kelisa merah jenis " Super Red" berharga antara RM 1800- RM3500.00.

Malaysia merupakan antara pengeksport ikan hiasan terbesar ke luar negara. Kita amat berbangga kerana bumi Malaysia memiliki ikan peliharaan termahal di Asia iaitu ikan kelisa emas atau "Malaysian Golden Arowana".  


Ada banyak pilihan daripada jenis Arowana Emas Malaysia [RM2000 - RM5000] seperti Arowana 'Golden Bluebase' iaitu boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna metalik biru dan sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua keseluruhan badannya keemasan, ianya dikenali sebagai Arowana 'Golden Crossback'.  Jika ianya mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback dan juga sejenis lagi dikenali sebagai 'Super Highback'. 


Arowana Asia (Scleropages Formosus) atau lebih dikenali sebagai `Ikan Naga’, telah dianggap sebagai salah satu Raja di Perairan Dunia kerana populariti yang sangat besar, nilai dan tampak berprestij kerana bentuknya yang unik, sisiknya yang cantik, bermulut ‘bonytounge’ dan berskala besar.



Peminat-peminat arowana sanggup berbelanja lebih kerana selain keunikan dan kecantikannya, arowana juga dikatakan dapat menurunkan stress seseorang.


Setelah pulang dari tempat kerja dengan keadaan tubuh yang letih, minda yang lemah kerana tekanan kerja di pejabat, semuanya akan hilang dan terubat sebaik saja anda menumpukan perhatian sebentar dengan melihat keindahan arowana peliharaan berenang-renang di dalam akuarium di sudut rumah anda. 



Bagi masyarakat cina pula mereka mempercayai ikan ini mampu membawa tuah dan mereka juga percaya bahawa ikan ini merupakan jelmaan naga kerana sisiknya yang mirip sisik naga dalam mitos-mitos cina.


Kedua-dua faktor diatas menjadikan ikan ini sangat istimewa dan mendapat permintaan yang tinggi terutama untuk pasaran eksport ke Singapura, Cina, Jepun, Hong Kong dan lain-lain. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

ummiross berkata…
ummiross ada pelihara ikan ni dulu tapi dah mati, sedih sangat masa tu..bila dah lama pelihara memang rasa sayang..
Kak Mahh berkata…
Jaga-jaga nanti kena curi...ikan ni mahal U...
Seri Bahasa berkata…
pelihara ikan dlm aquarium ni susah. dulu seri pelihara ikan flowerhorn selalu je mati bila dah sampai umur 6-8 bulan.
farhana sahri berkata…
bagi sy, sume jenis ikan yg di bela dlm akuarium dpr mnyenangkan jiwa...=)
Isteri Encek Bard berkata…
saya memang suker bele ikan.. suka berckap dan tengok ikan berenang lam akuarium
RED82ONE berkata…
mmg sgt2.... bleh release stress... saya ada 2 ekor. Best tiap2 hr sblm n slps keja mngadap ikan2 ni. mudah dibela bila tahu cara.