Ikan arowana terdiri daripada pelbagai jenis dengan harga daripada yang murah seperti kelisa hijau atau kuning, kelisa Australia dan half red yang berharga antara RM 150.00 - RM 300.00 sehinggalah arowana jenis yang mahal seperti Red Tail golden arowana, [RTG Indonesia RM800- RM950.00], High Back Golden Arowana [RM 1800- 3000.00], Malaysian Golden Arowana [RM2500 - RM5000] dan kelisa merah jenis " Super Red" berharga antara RM 1800- RM3500.00.
Malaysia merupakan antara pengeksport ikan hiasan terbesar ke luar negara. Kita amat berbangga kerana bumi Malaysia memiliki ikan peliharaan termahal di Asia iaitu ikan kelisa emas atau "Malaysian Golden Arowana".
Malaysia merupakan antara pengeksport ikan hiasan terbesar ke luar negara. Kita amat berbangga kerana bumi Malaysia memiliki ikan peliharaan termahal di Asia iaitu ikan kelisa emas atau "Malaysian Golden Arowana".
Ada banyak pilihan daripada jenis Arowana Emas Malaysia [RM2000 - RM5000] seperti Arowana 'Golden Bluebase' iaitu boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna metalik biru dan sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua keseluruhan badannya keemasan, ianya dikenali sebagai Arowana 'Golden Crossback'. Jika ianya mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback dan juga sejenis lagi dikenali sebagai 'Super Highback'.
Arowana Asia (Scleropages Formosus) atau lebih dikenali sebagai `Ikan Naga’, telah dianggap sebagai salah satu Raja di Perairan Dunia kerana populariti yang sangat besar, nilai dan tampak berprestij kerana bentuknya yang unik, sisiknya yang cantik, bermulut ‘bonytounge’ dan berskala besar.
Setelah pulang dari tempat kerja dengan keadaan tubuh yang letih, minda yang lemah kerana tekanan kerja di pejabat, semuanya akan hilang dan terubat sebaik saja anda menumpukan perhatian sebentar dengan melihat keindahan arowana peliharaan berenang-renang di dalam akuarium di sudut rumah anda.
Kedua-dua faktor diatas menjadikan ikan ini sangat istimewa dan mendapat permintaan yang tinggi terutama untuk pasaran eksport ke Singapura, Cina, Jepun, Hong Kong dan lain-lain.
6 Comments