Subscribe Us

Legenda 'Buah Asmara' Jarak Ribuan Batu Untuk Santapan Kekasih


Warna kulit kemerah-merahan, berbentuk segi tiga runcing dibahagian bawah, rasanya memang manis, lazat serta digemari ramai manusia di seluruh dunia. Itulah Buah Asmara atau laici.  


Menurut sejarah China lebih ribuan tahun yang lalu seorang wanita yang tercantik pada zaman tersebut bernama  Yang Yuhuan tinggal di Chang'an, sekarang Xi'an, di Wilayah Shaanxi menjadi gundik kepada Maharaja  Xuanzong pada zaman Dinasti Tang  (685-762). Yang Yuhuan sangat gemar makan buah laici.


Demi kasih dan cinta agungnya terhadap bidadari kesayangannya, Maharaja Tang mengarahkan supaya menghantar buah laici segar walaupun jarak yang amat jauh ribuan batu jauhnya. 


Untuk mengatasi masalah penghantaran lambat tiba, tambahan pula buah laici merupakan sejenis buah yang tidak tahan lama kesegarannya, maka Maharaja Tang telah menubuhkan pasukan perkhidmatan pos  yang sistematik dan dikagumi pada masa itu.


Baginda menggunakan pasukan berkuda dari satu setesen pos ke setesen pos yang lain dengan pasukan berkuda silih berganti antara pusat pos. Dalam tempoh terdekat buah laici dapat dihantar khusus untuk gundik kesayangan. dalam keadaan segar. Untuk mengekalkan kesegaran, buah laici disimpan beserta dengan dahan dan ranting di dalam kontena bertutup rapat  serta dikelilingnya dibubuh lilin.


Sebuah puisi oleh Du Mu, seorang penyair dari Dinasti Tang (618-907) tentang kisah bauah asmara: "Seekor kuda gallops di tanah dengan kelajuan penuh, dan gundik tertawa. Siapa lagi yang tahu itu laici datang .." Sejak saat itu laici telah diiktiraf sebagai " Buah Nasional" buah lazat terbaik di China   dan menjadi simbol percintaan. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

misza berkata…
makan buah laici segar je. susah nak jumpa tin yang ada loga halal JAKIM.
Cik Yuyu berkata…
ouhh..baru tawu, buah laici ni buah asmara..hehe
Unknown berkata…
begitu romantiknya nama buah ni, hehe....mcm ni nak soh che abe kita gi beli buah asmara la....mesti tak jumpa!
Rose kakrose berkata…
lama dah tak makan laicee tin..
chiLleD...!! berkata…
besnya buah laici ni..=)