Subscribe Us

Melihat Pemandangan Alam Mampu Tingkatkan Daya Ingatan

Mengisi masa terluang dengan menikmati keindahan alam menghijau sambil berinteraksi dengannya tentu mengasyikkan. Bersahabat dengan alam ini dipercayai dapat meningkatkan daya ingatan seseorang. Jika anda tidak berkesempatan untuk beriadah, anda tidak perlu risau . Sekadar melihat foto atau gambar pemandangan alam saja ternyata mampu meningkatkan daya ingatan dan membuat ketetapan tumpuan anda sehingga 20%.

Hal ini berdasarkan kaji selidik yang dimuat dalam jurnal Psychological Science yang diterbitkan oleh University of Michigan.  "Berinteraksi dengan alam memiliki kesan yang sama dengan bermeditasi," ujar Marc. G. Berman, salah seorang penyelidik.


Dalam studinya, peneliti membahagikan para sukarelawan kepada dua kumpulan.  Kumpulan  pertama diminta mengingat sejumlah angka sambil berjalan di taman yang menghijau dan menyamankan. Sedangkan kumpulan sukarelawan  kedua pula  diminta melakukan hal yang sama di kawasan penempatan perniagaan dan perumahan yang mempunyai bangunan tinggi.


Hasilnya, kumpulan pertama lebih mampu mengingat angka-angka secara keseluruhan berbanding kumpulan kedua. Sukarelawan juga mengaku bahwa fikiran mereka lebih mudah fokus ketika  berjalan kaki di taman yang tenang dan berpohon rendang.
Perlu waktu rehat yang menyehatkan otak? Pulihkan fikiran anda dengan meluangkan waktu untuk beraktiviti di luar rumah dan mencari tanaman hijau. Jika malas atau tiada masa, lakukannya dengan hanya melihat foto-foto pemandangan indah di dinding, album,  televissyen atau  komputer saja sudah memadai. [sumber PreventionIndonesia]

Catat Ulasan

6 Ulasan

Mohamadazhan.com berkata…
tempat riadah sekarang jadi tempat lepak anak2 muda mudi buat kerja baik..
asliner berkata…
btol2..
tp remaje skrng slah gune kemudahan..
waallahualam~
Unknown berkata…
kembali kan untuk tidak disalah guna.
Dzasc Skachers berkata…
betol sebab pikiran yang berkembang tuh antaranya dari pemandangan yang bersih.. :)
Aku Anak Pahang berkata…
Sebab itu kita digalakkan memandang warna hijau kerana dpt memberi kesegaran semula pada minda kita :)
AngahSayang2314 berkata…
angah kalau gi muar mesti lepak kat sini ngan family seronokkkkk lepas tue makan2