Seorang remaja perempuan berusia 10 tahun di Spain menjadi antara ibu termuda di dunia setelah melahirkan bayi di sebuah hospital di Jerez de la Frontera, Selatan Andalusia pada 26 Oktober, minggu lepas.
Menurut doktor berkenaan ibu muda tersebut melahirkan anaknya secara normal dan dalam keadaan stabil. Anaknya juga dalam keadaan normal dengan berat 6lb 6oz
Remaja tersebut sebenarnya ialah pendatang dari Romania berhijrah ke Spain bersama keluarganya dan sudah mengandung sebelum mereka berpindah ke Spain.Mengikut undang-undang kerajaan Spain, melakukan hubungan sek dengan kanak-kanak bawah 13 tahun dikelasifikasikan dalam akta penderaan atau penganiayaan terhadap kanak-kanak. Apa yang membingungkan pihak keselamatan dan pengamal undang-undang, bapa kepada bayi tersebut berkemungkinan terlepas daripada kesalahan jenayah kerana masih lagi di bawah umur!. Menurut ibu remaja tersebut, anak perempuannya tinggal bersama kanak-kanak lelaki yangt juga teman lelakinya, ketika mereka tinggal di negara asalnya. Hmm..pergaulan bebas tanpa batasan..itulah jadinya. Sedangkan kanak-kanak bawah umur sudah memahami erti kenikmatan duniawi..inikan pula para gadis dan jejaka remaja. Keruntuhan akhlak dan berlakunya gejala sosial yang amat menjijikan ini sudah begitu berleluasa di mana-mana pelusuk dunia temasuk negara-negara yang diperintah oleh kerajaandi bawah pentadbiran pemimpin Islam. Mengapa? Antara puncanya adalah kerana sistem perundangan Islam tidak diguna pakai malah diperlekehkan, peraturan cara hidup Islam sebenar juga telah diabaikan dalam institusi kekeluargaan. Berikan pendapat anda..
9 Comments
namun semua itu bermula dari rumah..bermula dari ibubapa...kan? kan?
nsib baik bukan di Malaysia..kalau di Malaysia? tak tahulah nak cakap apa...wallahualam
entri terbaru:
pilihanraya : panass
kat malaysia pun dah ada sekolah harapan,
bagus lah kan??
(dalam nada menyindir..)