Subscribe Us

Pengambilan Aspirin Setiap Hari Membantu Merawat dan Mencegah Penyakit Jantung dan Kanser Usus Untuk Usia Lebih 45 Tahun

England, 24 Nov- "Pengambilan aspirin dengan jmlah dos yang sesuai pada usia pertengahan dapat membantu merawat penyakit jantung dan kanser usus"
Hasil  kajian telah dilakukan dan menemui lebih besar  kesan positif berbanding kesan sampingan apabila pengambilan  tablet aspirin setiap hari  bagi mereka yang berusia lebih  45 tahun  Panel pakar mengatakan mereka yang berisiko tinggi penyakit serius [ kanser usus & jantung] harus mempertimbangkan aspirin sebagai ubat pencegahan.
The Royal Society of Medicine menjelaskan satu pertiga kematian adalah disebabkan oleh penyakit kanser usus.  Hasilnya dengan mengambil 75mg aspirin setiap hari bagi setiap individu selama lima tahun, mereka yang terancam dengan maut kerana kanser usus telah menurun kepada 25 peratus. Kanser usus merupakan salah satu punca kematian terbesar penduduk dunia dengan kadar hampir 16.000 orang setiap tahun.

Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa dos harian rendah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Peter Rothwell, ahli saraf Oxford yang mengetuai  kajian tentang kanser usus menyatakan  beiau kini  mengambil aspirin setiap hari. "Saya menjangkakan  bahawa dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun kita akan memastikan pengambilan aspirin kepada penduduk dunia berusia pertengahan umur bukan sahaja hanya untuk masalah ketegangan vaskular sahaja.
Profesor itu mengatakan amat sesuai  untuk mula mengambil aspirin pada usia 45 kerana pada usia ini  kemungkinan risiko jangkitan atau serangan kanser usus mula meningkat.

Walaubagaimanapun menurut Sir John Burn, ahli genetik di Newcastle University, menambah , " Kami tahu aspirin boleh menyebabkan pendarahan gastrointestinal. Itulah batas tertentu menahan situasi. "
Penyelidikan lain telah mendapati bahawa lelaki yang mengalami masalah penyakit  kanser prostat adalah tidak sesuai mengambil aspirin pada setiap hari kerana berkemungkinan mereka akan mati

Post a Comment

2 Comments

Abu Uwais said…
boleh ke mcm 2... unbelieveable
Aku Anak Pahang said…
Saya kalau sebut bab2 ubat-ubatan nie was-was juga. :)
Jom Singgah "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."