Subscribe Us

Sebatang Pensel Hasilkan 56 Kilometer Garisan

SEJAK di bangku sekolah, pelajar telah menggunakan pensel sebagai medium untuk menulis dan merekodkan apa yang dipelajari. Alat tulis tersebut sebenarnya diperbuat daripada sebatang pigmen yang terdiri daripada bahan grafit berwarna ayau arang. Pigmen itu diletakkan di dalam sebatang kayu keras atau plastik sebagai material luar yang menyokong dan membentuk pensel. Secara puratanya, sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 kilometer atau menulis sebanyak 50,000 patah perkataan. Di Amerika Syarikat, sebanyak dua bilion batang pensel telah dihasilkan setahun dan jika semuanya digunakan untuk membuat garisan, ia boleh menghasilkan garisan mengelilingi bumi sebanyak sembilan kali. Berbeza dengan pen yang menggunakan cecair, tanda yang dibentuk menggunakan pensel boleh dihilangkan mengginakan getah pemadam. Memberi revolusi kepada alat tulis berkenaan, ia kini telah dicipta dalam bentuk mekanikal untuk penggunaan yang lebih mudah dan selesa. [sumber:cyberita.asia1.com.sg]

Catat Ulasan

8 Ulasan

zulkoa berkata…
fuyooo..
alif berkata…
wah hebat betul
Kalamhati berkata…
tq!penah baca tentang ni lama dulu..tp lupa dah..refresh balik dah..=)
Dzasc Skachers berkata…
info yang menarik.. hehehe..
aku suka.. :D
x sangka sampai ke pensel pown drang wat kajian..:)
MuJE berkata…
dah lama rasanya tak pegang pensel wat tulis karangan...huhu
akubiomed berkata…
Masa sekolah rendah dulu ada pakai pensil tapi dah kerja pakai pensil mekanikal
Unknown berkata…
sebatang pen bermaruah
nazc berkata…
kalau patah kurang la kilometer....tapi dengan ron 1malaysia, saya dapat pergi jauh dengan hanya satu isian sahaja....hahahaa propa politik