Sate kambing tentu sudah biasa anda nikmati. Bagaimana pula dengan sate ekor kambing atau sate punggung kambing? Sate ekor kambing yang juga dikenali dengan nama "sate buntut kambing" menjadi menu makanan popular di Purwokerto, Jawa Tengah.
Untuk anda yang suka mencuba untuk memasak menu makanan baru, berikut orang muo salinkan resepi dan cara menyediakannya.
Dapatkan daging bahagian punggung kambing yang masih segar yang baru disembelih. Lagi baik jika kambing tersebut masih muda. Buang kulitnya. Potong Kecil-kecil dan cucuk dengan lidi. Seperti biasa lumurkannya dengan ramuan rempah sate biasa. Biarkan untuk beberapa ketika dan bakar. Jangan lupa tambah sedikit madu supaya rasanya lebih enak, manis dan lazat.Tulang rawan ekor kambing yang masih muda menambahkan lagi kelazatannya semasa anda menggigit dan mengunyahnya. Selamat mencuba.
11 Comments
bila mkn jer mesti
sakit kepala nk pitam2
huhuhu
nampak cam sedap