Berlin: Gunther Von Hagens, ahli anatomi Jerman yang terkenal dengan pameran dunia tubuhnya yang fenomenal, menjual organ tubuh manusia untuk dijadikan perhiasan atau hiasan rumah secara online. Organ-organ itu telah melalui proses plastiknasi yang menguras kandungan air dan lemak, sekaligus membuat produk itu tidak busuk.
Melalui websitenya, www.plastination-products.com, Hagens menjual satu tubuh manusia lengkap dengan organ tubuhnya dengan harga 70.000 Euro. Selain itu, ia juga menjual ogran-organ haiwan dan tiruan organ-organ tersebut dengan harga cukup lumayan.
Walaupun tindakannya itu telah menimbulkan kontroversi di kalangan pemimpin agama dan kecaman keras daripada gereja-gereja di Jerman, Hagens tetap memiliki pelanggan yang ramai. Pelanggannya ialah daripada para penyelidik, pensyarah, kolektor, dan para ahli dunia medik. Mereka memburu "produk" Hagens untuk keperluan medis atau koleksi.(reuters)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcslCs8gMshasSukhDWLCKGCsKceaZ4XdOVaF4FrL8fd8RaFyyo0FUSXflO6cx0F_5Ryyv5ShOplg3GNpDJ60rfBYkNgZ5WLSHkAu41zxoESbv0rcqDOkWdjkoa2a3D60qH25kpE_P4Qg/s200-rw/assesori-human-organ.jpg)
8 Comments
pelik2