Subscribe Us

Mi Bandung Muo Abang Sayang, Rasa Sekali Nak Lagi



Muo memang terkenal dengan mi bandungnya. Kebanyakan kedai makan di Muo meyediakan menu masakan mi bandung. Namun tidak semua gerai atau kedai makan yang betul-betul menyediakan mi bandung muo yang asli . Hanya beberapa buah kedai makan di muo mempunyai resepi mi bandung muo istimewa.



Sebuah kedai makan yang menyediakan mi bandung resepi asli  istimewa di Muo ialah Kedai No 2 Abang Sayang, terletak di Setesen Bas Maharani, Jalan Maharani Muo. Walaupun kedai makannya comel dan biasa-biasa saja, tetapi mi bandungnya amat berbeza sekali keenakannya. Bau atau aroma mi bandungnya saja sudah menggoda dan membuka selera sesiapa saja yang menggemari mi bandung.


Kedai Makan Abang Sayang menghadap Sungai Muo

Jika orang lain menggunakan  kacang tanah dalam kuahnya, mi bandung muo milik Norhisham ini menggunakan udang geragau halus sebagai perencah utama mi bandung. Beliau sudah mengusahakan perniagaan mi bandung muo sejak puluhan tahun yang lalu bersama rakannya.


Kedai Makan Abang Sayang menjalankan perniagaannya setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kedai tutup hari Jumaat.


Selain mi bandung muo sebagai menu utamanya, pelbagai jenis menu makanan dan minuman juga disediakan. Sepinggan Mi Bandung Muo Abang Sayang berharga RM8.00 sahaja.

Kuah mi bandung muo menggunakan udang geragau halus lebih aroma dan lazat

 Pelanggan Kedai Makan Abang Sayang sedang menikmati Mi Bandung Muo

Deretan kedai makan di Setesen Bas Maharani pada waktu malam

Setesen Bas Maharani Jalan Maharani

Jika anda ke Muo singgahlah di kedai ini untuk menikmati mi bandung muo istimewa. 

Catat Ulasan

24 Ulasan

Lydia Miza berkata…
sedapnyer...nak la sikit..yg hitam2 tu aper?bawang goreng ker?saya paling suker mee bandung muo..paling hebat..syokkkk
orang muo berkata…
lydia: yg hitam2..x ingat lagi la..semuanye dah masuk dlm perut :) semuanya sedap belaka :)
noreed berkata…
muor mmg terkenal dgn mee bandung nyer...
yusofsipan berkata…
sy penah makan di kedai tsb, waktu itu masih di bas stesen lama....

sy makan meehoon bandung, ok jugak pe!!!
mira_nas berkata…
bilo la den nak sampai sano ni ha.. berkecau air liur tgk mee bandungnye ha.. haha
Dzasc Skachers berkata…
lau aku datang san mesti mau makan punya bro. .
pasal makan aku x penah menang..:p
sodap ha mee bandung :D
Amboi mak.... sedapnyer... lama x g Johor... ni buat rasa nak g sana ni...
Diarihatiku1976 berkata…
yesss.. memang sedap makan kat situ....
Cik Kentang berkata…
Suka makan mee bandung tapi tak prnah try lagi mee bandung Muo yang asli. Nak pegi jauh sangat. Huhu...
MR Bang Miji berkata…
penah maka mee bandung.tp xde lar cam dlm gmbr tu..mesti sedap kan.tngk gmbr pom meleleh air liur
HaN WarreN berkata…
lame x balik muo..huhuhu rindunya :(
atoyissan berkata…
sedapnyer de delivery sampai semenyih tak
Lydia Miza berkata…
mak aiii tgk mee bandung ni..meleleh lagi air liur.dah basah dah baju ni asik mencecer air liur..bila lah orang muo nak belanja mkn ni?
Lydia Miza berkata…
salam..lupa nak bg tau..ptg semalam sahabat blogger kita dah tlg saya setting semula blog.so jom terjah blog saya..dah boleh masuk walau pki mozilla,dulu x leh.
paDel berkata…
balik bp kang...singgah muar la camni...perhh..lapa terooosssss
fiq berkata…
dulu masa dok muo sampai jemu makan me bandung tau. tapi bila dah pindah kedah dok tercari2 macam kat muo takder..waaa..nak skit..
Athur Alam berkata…
Mie Bandung???? Ada hubungannya dengan Bandung kota asal saya nggak??

*Bandung is the capital of West Java Province
yahaya berkata…
pernah dengar mee racun kat sini gak ker
Tanpa Nama berkata…
rinduyeee nak makan mee bandung muar..sy salu mkn kat jambatan tuh..tbaek la!!
Shino berkata…
sgt2 nk try mee bandung asli ni...huhuhu...
Anak Lebah Comot berkata…
walaupon Jasmin mmg dilahirkan di muo tp Jasmin xtahu pon mknan kat ctue sedap...selalu gie kat area bus stand pagoh jer...nk try gak r....
nazc berkata…
mee bandung tu macam char kuew teow ek?
Tanpa Nama berkata…
selalu pegi kedai ni.. mmg best masakannye..