Subscribe Us

Buah Petai Penuh khasiat

MUNGKIN tidak ramai yang meminati ulam Petai. Ada yang mengatakan baunya menusuk hidung. Namun tahukah anda Petai mengandungi pelbagai khasiat. 
Anaemia
Petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin (what is this) dalam dalam dan justeru boleh membantu pesakit yang kekurangan darah.
Tekanan Darah
Ulam tropika ini mengandungi bahan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula adalah rendah. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) baru-baru ini membenarkan industri Petai menyenaraikan khasiatnya untk mengurangkan risiko tekanan darah dan serangan angin ahmar.

Tenaga Minda
Seramai 200 pelajar di Sekolah Twikenham Middlesex dibantu menjalani peperiksaan mereka dengan memakan petai semasa sarapan, masa rehat dan makan tengah hari. Kajian menunjukkan ulam yamg tinggi dengan potasium itu boleh membantu pembelajaran dengan membuat pelajar lebih awas dan segar.

Sembelit
Petai juga mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air.
Gigitan Nyamuk
Jika anda digigit nyamuk cuba gosokkan bahagian dalam kulit petai pada bahagian yang digigit. Ramai dapati ia dapat mengurangkan lebam dan rasa gatal akibat gigitan serangga tersebut.

Kandungan Vitamin
Petai mengandungi zat vitamin B. Antara lain vitamin B boleh membantu mengamankan sistem saraf.
Kandungan B6 dan B12 dalam Petai juga boleh membantu mereka yang inging membuang tabiat merokok. Ini kerana bahan tersebut dengan bahan potasium dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keingingan untuk merokok.

Jelas, petai menawarkan pelbagai khasiat. Jika dibandingkan dengan buah epal, ia mengandugai empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat, lima kali kandungan Vitamin A dan dua kali kandungan vitamin lain.
[sumber:cyberita.asia1.com.sg]

Post a Comment

13 Comments

Jimie SC said…
oden suko potai2 nie..lbh2 laie potai masok podah... ;)
Dzasc Skachers said…
err.. xtau lak..
tapi haku memang x suka petai..
camner neh..
yangbaik said…
jap nak pi cari petai
nak makan banyak2
bior demo tahu
darah aye udah naik
salam ziarah...
suka gak makan petai ni..kalau petai sambal + udang....
cik bihah said…
Petai mg sdp tp bau dia tue kalu xpnadai x menahan..espclly masa dok hostel dlu ramai yg mkn x reti cuci toilet..sadis je.. T_T
bdk johor said…
aiseh men bro.. wa mmg favourite petai ni. terliur lar pulak. hehe
Wawa~* said…
halo org muo! sy pn org muo gak! hehehe... nice info:D sy pn pnah wat entry berkaitan petai gaks

http://secretwhisper.net/2010/05/khasiat-petai/

^_^
one2paii said…
nice info bro..
K I E R A said…
Petai memang best,

Thanks for the info :D
Seri Bahasa said…
meleleh liur seri tengok sambal petai tu.
Mohd Ridhwan said…
sambal tumis petai...mmg best la

artikel terbaru:
Air Terjun Bawah Tanah
fiqkbe said…
teringin nk mkn tp takut mulut busuk...
nazc said…
dah lama tak makan petai, tapi kalau makan nnt kencing bau petai.... malang lagi kalau buat urine feme...hahaha