Subscribe Us

Singapura : Meminta Sedekah Hanya Apabila Dihampiri

Undang-undang serta tindakan tegas yang dikenakan ke atas pesalah memberi kesan yang mendalam kepada semua warga Singapura termasuklah peminta sedekah. Perbuatan meminta sedekah adalah salah di sisi undang-undang kerajaan Singapura. 
Mereka berpakaian agak kemas seperti baru pulang dari pasar sambil duduk memerhatikan orang ramai di luar masjid. Setiap kali dihampiri, mereka yang berusia antara 50- an dengan 70-an tahun itu akan melemparkan senyuman sambil meminta simpati. Mereka hanya menadah tangan apabila didekati kerana takut diberkas pihak berkuasa.
Rata-rata peminta sedekah ini menghadapi masalah dan sewajarnya perlu dibantu. Ada diantaranya menghidap penyakit kritikal seperti kencing manis, masalah keluarga dan anak-anak tidak mengambil berat terhadap orang tuanya.[sumber :cyberita.asia1.com.sg]

Jika kita sering merasakan nasib diri masih  serba kekurangan dan belum mencapai apa yang dihajatkan...bersyukurlah kerana masih ramai di luar sana yang dihimpit kemiskinan. 
Jika kita miskin, bersyukurlah kerana ada ramai yang lebih miskin dan fakir daripada kita.

Jika kita senang dan berharta bersyukur dan beringatlah kerana Allah swt memilih kita dengan rezeki melimpah-ruah bukan untuk diri sendiri tetapi seharusnya dikongsi bersama dengan mereka yang amat memerlukan.

Hulurkan tangan ringankan  beban saudara semanusia adalah dituntut dalam Islam. Tunaikan zakat fitrah kita demi mereka yang berhak menerimanya.  

Catat Ulasan

3 Ulasan

Anaasuria berkata…
Salam
untung peminta sedekah kat malaysia kan.. bukan setakat orang mesia jer, orang luar pun dok minta sedekah.. orang mesia pemurah2 belaka.. :)
ozzy berkata…
kalau undang2 ni di implementkan kat m'sia..maka krjaan akan dianggap zalim..s'pore sapa brani cakap??
piewahid berkata…
kunun2 dikatanya pengemis ni semuanya datang dari malaysia sempena bulan ramadan ni. wallahu a'lam!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sungguh berharga.

4. Berhati-hati di jalanraya