Kemeriahan suasan Hari Raya semakin terasa. Sudah menjadi tradisi keasatuan penduduk Jalan Daud Muo, memasang pelita pada 7 malam terakhir bulan Ramadan menjadi kemestian bagi mereka. Pada tahun ini sebanyak 1500 buah pelita minyak tanah memenuhi ruang padang bola sepak berukuran 150 x 200 kaki.
Program ini adalah anjuran bersama pakatan penduduk Jln Daud dengan KRT Jalan Daud sempena Majlis Menjunjung Kasih Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor ke kawasan ini pada 4 September .
Satu replika kapal layar di tengah-tengah padang didirikan  dengan sinaran cahaya pelita di kelilingnya nampak sangat indah sekali.
Program memasang pelita akan  berlanjutan sehingga 3 harii raya. Setiap malam kawasan ini menjadi  tumpuan warga muo untuk melihat keindahan suasana pada waktu malam  selepas solat tarawih. Menurut En Md Asied, Timbalan SRS (Skim Rondaan  Sukarela, KRT Jln Daud), sebanyak 75 liter minyak disel diperlukan  setiap malam untuk 1500 pelita dipasang bermula pada jam 8.00 malam  hingga 12.00 tengah malam. Seramai 25 orang anak muda bekerja keras  memasang dan mengutip semula pelita-pelita ini pada setiap hari secara  sukarela.
Kos untuk  menjayakan 'Program Pasang Pelita 7 Likor' ini adalah  dariupada  sumbangan ahli-ahli penduduk serta daripada KRT Jln Daud 


 
 
 

6 Ulasan
zaman kecik-kecik dulu mmg meriah sambutan tujuh likur ni. tp skrg org dah tak buat besar-besar sangat sbb harga minyak tanah dah naik. huhu..
Love,
PojiePooh Abdullah