Subscribe Us

Raya Tradition: 1500 Pelita Minyak Tanah Untuk "Program Pasang Pelita 7 Likur "

Kemeriahan suasan Hari Raya semakin terasa. Sudah menjadi tradisi keasatuan penduduk Jalan Daud Muo, memasang pelita pada 7 malam terakhir bulan Ramadan menjadi kemestian bagi mereka. Pada tahun ini sebanyak 1500 buah pelita minyak tanah memenuhi ruang padang bola sepak berukuran 150 x 200 kaki.
Program ini adalah anjuran bersama pakatan penduduk Jln Daud dengan KRT Jalan Daud sempena Majlis Menjunjung Kasih Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor ke kawasan ini pada 4 September .
Satu replika kapal layar di tengah-tengah padang didirikan  dengan sinaran cahaya pelita di kelilingnya nampak sangat indah sekali.
Program memasang pelita akan berlanjutan sehingga 3 harii raya. Setiap malam kawasan ini menjadi tumpuan warga muo untuk melihat keindahan suasana pada waktu malam selepas solat tarawih. Menurut En Md Asied, Timbalan SRS (Skim Rondaan Sukarela, KRT Jln Daud), sebanyak 75 liter minyak disel diperlukan setiap malam untuk 1500 pelita dipasang bermula pada jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Seramai 25 orang anak muda bekerja keras memasang dan mengutip semula pelita-pelita ini pada setiap hari secara sukarela.
Kos untuk menjayakan 'Program Pasang Pelita 7 Likor' ini adalah dariupada sumbangan ahli-ahli penduduk serta daripada KRT Jln Daud


Post a Comment

6 Comments

noreed said…
wah meriahnya, org muo pergi ke?
orang muo said…
to noreed: kena pegi la nak ambik gambo.. :)
wah cantiknye....
Mr. Asada said…
meriah lagi ea..

zaman kecik-kecik dulu mmg meriah sambutan tujuh likur ni. tp skrg org dah tak buat besar-besar sangat sbb harga minyak tanah dah naik. huhu..
Kech Hidayah said…
cantikkkkk....kg sy pon buat jugakk.pertandingan dlm kg.heheehe.tak sabar nak balik kg...
Every year xkan lupa singgah Jln Daud nih tgok pelita :)

Love,
PojiePooh Abdullah