MRI Bebas Radiasi Sinar-X - orangmuo.my

Post Top Ad

MRI Bebas Radiasi Sinar-X

Share This
OPERASI Imbasan Pengimenjan Resonans Magnetik (MRI) merupakan aktiviti merakam imej keratan rentas badan manusia menggunakan daya tarikan magnet keliling.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan imej gambaran organ dalaman selain mengesan jumlah kandungan air dalam sistem badan.
Berbeza dengan operasi x-ray dan imbasan CT, MRI mempunyai kelebihan unik di mana pesakit tidak akan terdedah dengan radiasi merbahaya sinar-x. Ini kerana, proses imbasan itu disokong oleh tindakan magnet yang tidak mengion dalam jalur frekuensi radio. Tidak cukup dengan itu, MRI juga mempunyai kelebihan menghasilkan kualiti imej dengan resolusi terbaik berbanding operasi imbasan lain.
Tambahan pula jika operasi imbasan itu melibatkan bahagian tulang belakang dan juga otak. Kelebihan itu akan memudahkan doktor atau individu yang terlibat dalam proses rawatan mengesan penyakit atau masalah yang dihadapi oleh pesakit.

Post Bottom Ad

Pages