TISU biologi memainkan peranan yang amat penting dalam peringkat pembangunan sel organisma hidup kerana ia akan bergabung untuk membentuk organ.
Terdapat empat jenis tisu asas dalam sistem badan manusia iaitu epitelium, tisu penyambung, tisu otot dan tisu saraf.
Epitelium
Epitelium merupakan tisu yang meliputi bahagian organ untuk melaksanakan fungsi perlindungan dan penyerapan.
Tisu Penyambung
Bagi tisu penyambung pula berperanan menyambungkan dua sel untuk tujuan menyatukan keseluruhan organ.
Darah merupakan antara contoh komponen sel yang dikategorikan sebagai tisu penyambung.
Tisu Otot dan Tisu Saraf
Tisu otot dan tisu saraf berfungsi sebagai penyambung anggota tubuh menerusi mekanisme gabungan sel.
Cara untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu berada dalam keadaan sihat atau menghidapi penyakit, ahli perubatan biasanya akan menjalankan diagnosis pada sel tisu. [cyberita,estidotmy]
1 Comments
sangat bermanfaat
kujungi balik ya