Apabila seseorang berkata, saya mendapat selsema, ini bermakna terdapat sesuatu dalam badan yang menyebabkan simptom selsema. Biasanya mereka yang dijangkiti selsema mengalami hidung berair, bersin, batuk, sakit kepala dan kadang-kala demam. Terdapat pelbagai virus yang berbeza yang menyebabkan simptom selsema tetapi biasanya selsema disebabkan oleh rhinovirus.
Badan dengan sistem imunisasi biasanya bertindakbalas terhadap kehadiran virus. Biasanya sistem imunisasi membuka salur darah disebabkan radangan dan rembesan mukus yang semakin banyak.
Jika virus berkenaan masuk ke dalam lapisan sel paru-paru, ia akan menghasilkan cecair dan mukus menyebabkan batuk. Apabila sistem imunisasi semakin meningkat dalam masa beberapa hari untuk memerangi virus, mukus semakin pekat dan berubah warna dengan sel mati.
Akhirnya sistem imun berjaya memusnahkan virus sepenuhnya dan pesakit akan sembuh seperti sedia kala. [cyberita / foto:orangmuo .my]
10 Comments
yeahhh
btw nice info :)