Subscribe Us

Apakah Yang Menyebabkan Selsema?


Apabila seseorang berkata, saya mendapat selsema, ini bermakna terdapat sesuatu dalam badan yang menyebabkan simptom selsema.  Biasanya mereka yang dijangkiti selsema mengalami hidung berair, bersin, batuk, sakit kepala dan kadang-kala demam. Terdapat pelbagai virus yang berbeza yang menyebabkan simptom selsema tetapi biasanya selsema disebabkan oleh rhinovirus.


Rhinovirus masuk ke dalam lapisan sel di dalam hidung dan mula berkembang. Biasanya selesema dijangkiti daripada individu lain misalnya melalui sentuhan secara terus atau tidak seperti tombol pintu yang disentuh oleh mereka yang dijangkiti.


Badan dengan sistem imunisasi biasanya bertindakbalas terhadap kehadiran virus. Biasanya sistem imunisasi membuka salur darah disebabkan radangan dan rembesan mukus yang semakin banyak.



Dua proses berkenaan memberikan keadaan hidung berair dan tidak selesa pada tubuh. Keadaan berkenaan disebabkan oleh virus dan semua cecair yang menyebabkan bersin.


Jika virus berkenaan masuk ke dalam lapisan sel paru-paru, ia akan menghasilkan cecair dan mukus menyebabkan batuk. Apabila sistem imunisasi semakin meningkat dalam masa beberapa hari untuk memerangi virus, mukus semakin pekat dan berubah warna dengan sel mati.


Akhirnya sistem imun berjaya memusnahkan virus sepenuhnya dan pesakit akan sembuh seperti sedia kala. 
[cyberita / foto:orangmuo .my]

Catat Ulasan

10 Ulasan

cik panadol berkata…
siannye kalo kecik2 dah kne duduk hospital...urm selsema leh sampai masuk hospital ke?
orang muo berkata…
budak dlm gambo ni masuk hsptal bukan kerana selesema.. jangkitan kuman pd paru-paru :)
Unknown berkata…
banyakkan minum air ngan tambah pengambilan makanan banyak vit C bagi membantu meningkatkan sistem imun badan...InsyaAllah dipermudahkan
Unknown berkata…
N3 menarik,Info berguna.terimakasih..
Unknown berkata…
TQ..info yg sagat baik..
berpikir positif berkata…
nice information friend, ternyata selesma disebabkan virus ya, thanks sudah dekat denagn blog I
Kay- berkata…
nice info..
yeahhh
Sudir Suichi berkata…
elok sangat la nih~~~ aku pon tgh selesma kronik langit ke 7 nih~~ haha
Sudir Suichi berkata…
elok sangat la nih~~~ aku pon tgh selesma kronik langit ke 7 nih~~ haha
CIK TOM berkata…
kesiannye budak ni kecik2 msk wad...
btw nice info :)