Subscribe Us

Kenapa Wanita Melayu Pilih Pasangan Asing


ADAKAH lelaki Melayu tidak boleh diharap dan gagal memenuhi cita rasa wanita Melayu berpelajaran tinggi sehingga mereka terpaksa mencari pasangan berbangsa asing? Apakah kurangnya mereka berbanding jejaka Cina atau 'mat salih' yang bagaikan semberani menarik perhatian wanita Melayu?
Persoalan yang agak peka ini dikaji secara ilmiah oleh Cik Lulu Marlya Abdul Rahim, 23 tahun.
Tesis beliau yang menyelongkar isi hati 12 siswazah Melayu berusia antara 23 dengan 55 tahun, yang berumah tangga dengan lelaki bukan Melayu bertajuk 'Masuk Melayu', membantu beliau meraih ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Kepujian Kelas Dua (Atas), dari Universiti Nasional Singapura (NUS). Hasil kajian itu, beliau dapati beberapa kelemahan yang terserlah di kalangan lelaki Melayu yang menyebabkan ramai siswazah wanita 'mencari cinta' daripada lelaki kaum lain. 'Saya dapati rata-rata, kelulusan tinggi si wanita, di samping pergaulan mereka, menjadi sebab utama mengapa pilihan hati mereka bukan lelaki Melayu.
Antaranya ialah kurangnya lelaki Melayu yang berpendidikan tinggi, ego yang tinggi seolah-olah darjat mereka lebih tinggi daripada wanita dan kecenderungan membuat keputusan sendiri tanpa menghormati perasaan wanita.


  CIK LULU MARLYA: Tinjau cita rasa siswazah wanita Melayu tentang pilihan pasangan hidup.
'Kesemua yang diwawancara akur payah mencari pasangan Melayu yang setaraf tahap pendidikannya. 'Kalau pun ada siswazah lelaki Melayu, mereka awal-awal lagi sudah diambil orang! 'Jadi, si wanita perlu 'menyerantau' mencari lelaki bangsa asing,' kata anak ketiga dalam keluarga empat beradik itu. 
Menurut Cik Lulu, lebih separuh daripada wanita yang diwawancara dalam kajian tersebut bersuamikan lelaki Amerika, Inggeris dan beberapa negara Eropah lain. Bakinya memilih lelaki Cina sebagai pasangan. Tesis yang cuba memahami hubungan silang budaya itu dipilih sebagai penerima Hadiah Buku Angkatan Karyawan Islam (AMP) bernilai $500 - anugerah yang diberikan kepada tesis tahun kepujian terbaik mengenai masyarakat Melayu/Islam. Mengulas tentang tesis beliau itu, Cik Lulu berkata: 'Apa yang kita lihat di sekeliling kita mencerminkan cita rasa, kecenderungan, rangkaian kenalan wanita Melayu berpendidikan tinggi hari ini. Jangkaan mereka berbeza dan dengan mereka menjelajah ke luar negara untuk belajar atau bekerja, mereka lebih banyak mengenali jejaka asing. 'Saya sendiri melihat lebih ramai wanita Melayu berdampingan dan akhirnya berkahwin dengan lelaki Cina atau 'mat salih'.'
Sungguhpun begitu, beliau akur kajian itu bukanlah yang terperinci sepertimana yang beliau harapkan. Beliau akur situasinya kadangkala rumit bagi siswazah wanita Melayu kerana isu-isu sosial di sekitar pilihan mereka sering menjadi buah mulut masyarakat. 'Kalau tidak tentang mereka memilih pasangan bukan Melayu, timbul pula kisah mereka menjadi andartu kerana tumpuan kerjaya atau payahnya mendapatkan pasangan yang setaraf tahap pendidikannya,' katanya lagi. Cik Lulu menambah, sesetengah wanita yang diwawancara juga memberitahunya, mereka mendambakan hubungan setara dengan lelaki dan menentang konsep kuasa lelaki (patriarchal) di mana lelaki dirasakan lebih tinggi darjatnya dan membuat semua keputusan dalam keluarga. 'Biasanya, mereka mendapati lelaki bukan Melayu ini lebih bersikap terbuka daripada lelaki Melayu. Hubungan mereka lebih setara. Perbincangan lebih mudah dan keputusan dapat dibuat bersama dan tidak hanya si suami yang menetapkannya,' jelasnya lagi. Cik Lulu berkata, wanita-wanita Melayu yang dikaji itu akur tentangan daripada keluarga kadangkala berlaku apabila mereka melahirkan hasrat bersuamikan seseorang daripada kaum lain. 'Bagaimanapun, selepas si wanita hamil dan mempunyai anak, keadaannya berbeza sebab ibu bapa mulai menerima cucu mereka dan mencurahkan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya,' katanya lagi. 
Menyentuh tentang keunikan perkahwinan campur antara orang Melayu dengan bukan Melayu, beliau menjelaskan ia terletak pada terminologi, 'masuk Melayu'. 'Walaupun ia bererti pasangan bukan Melayu itu memeluk agama Islam, ia membawa petanda kukuh bahawa Islam tidak dapat dipisahkan daripada Melayu. Perihal ini tiada dalam hal kahwin campur kaum lain. Tiada 'masuk Cina' atau 'masuk India',' tambahnya yang menanti masa menyambung pengajian Sarjana dalam Sosiologi di Freie Universitat Berlin di Jerman pada Oktober ini. Bekas pelajar Maktab Rendah Tampines (TPJC) itu menyifatkan kejayaannya itu didorong sokongan ibu bapanya, Encik Abdul Rahim Ja'afar, 57 tahun dan Cik Siti Mariam Abdullah Fraij, 52 tahun. Kededuanya merupakan pengarah bersama syarikat logistik.
[sumber:cyberberita]

Catat Ulasan

12 Ulasan

mizz nuni berkata…
kalo rmai llaki melayu yg b'pendidikan tggi..xdela perempuan mlyu carik psgn hdp dr bgsa lain..mcm mana ye nak atasi mslh llaki melayu ni mls smbg blaja??..hmm..
Unknown berkata…
xsemua lelaki malas sambung blaja..hihihi..2 semua jodoh..
ozzy berkata…
salam..
belum tentu juga mereka yg berkahwin dgn bukan melayu berjaya mengikut rentak atau budaya bukan melayu..krn mrk hanya mengenali luaran shj kehidupan mrk..kebiasaannya mrk nmpak gembira krn kedudukan bukan melayu lebih stabil dr segi ekonomi manakala kita org melayu ramai hanya cukup2 makan...akhirnya mrk sedar kekayaan juga bukan jaminan kebahagian
nosembilanbelas berkata…
hemmm. masih lagi pilih lelaki melayu..
Unknown berkata…
jodoh kot..
Hidayah Ismawi berkata…
sekaramg bukan lagi perempuan melayu terakhir.. dah jadi lelaki melayu terakhir..

what an interesting thing to write a thesis on ..

MY LATEST ENTRY: Be afraid.. be very afraid..
Tanpa Nama berkata…
mungkin jodoh... dan mungkin kebanyakan lelaki melayu bayak yang ego,berperangai kebudak budakan.. terlalu lambat utk ada perancagan mase depan.. mmg la ramai yg berpendidikan tp dari segi cara menjaga hati n mengambil berat mmg kureng la...
Izul berkata…
dulu aku pun penah kene tinggal girlfriend sebab dia pilih lelaki cina yang lebih hensem dah berkerjaya dari aku.sebab yang ketiga tu lain rasanya tak sesuai nk cerita kat sini sbb agak 18 sx sikit.
Sury Aurora berkata…
Salam..
tu semua jodoh...
Jodoh tu ketentuan Allah...
:))
Tanpa Nama berkata…
married to arabic guy and they more responsibility
almost lelaki melayu tak cukup sifat .
Tanpa Nama berkata…
Salam...x prlu lah buat kjian atau bsarkn prkara remeh ni...mmng buang masa saja...lebih baik kta kaji dn fokus pda prkara yg lebih brilmiah sprti pnguasaan tknologi..pmbngunan ekonomi...human potential development....prkara yg bodoh x prlu dikuasai...
Tanpa Nama berkata…
Dan lgi...bila ada lelaki melayu yg brjaya serta pilih psangn asing ada pula pihak yg nk buat pravokasi...suka hati dia lahh dia pnya duit dn pilihan..