Murtabak Singapura begitulah nama diberi sempena tempat negara asal pemilik restoran ini. Satu lagi identiti bagi daerah Muo / Ledang selain Mi Bandung Muo, dan Sate.
Restoran Murtabak Singapore yang terletak di Jalan Tanjung Agas, iaitu laluan dari Muar ke Melaka cukup popular bukan saja bagi warga Muo malah ia juga turut dikenali oleh penggemar murtabak dari daerah lain di Johor, Singapura dan juga Melaka.
Murtabak Singapura terkenal kerana rasanya yang begitu enak, lazat dan aromanya membuatkan sesiapa saja berselera untuk menikmatinya dan terus jatuh cinta dengannya. Rasa kelazatan
Murtabak Singapore ini berbeza dengan murtabak biasa kerana adunan dan resepi keluarga yang istimewa. Menurut salah seorang pekerja restoran itu tiada seorang pun tahu
resepi istimewa murtabak ini kerana ia rahsia keluarga.
Restoran ini telah beroperasi sejak lebih 40 tahun yang lalu. Restoran ini diusahakan oleh seorang warga Singapura yang berhijrah ke Muo bersama keluarganya.
Saiz murtabak Singapore ada tiga jenis saiz iaitu special, besar dan kecil.
Saiz murtabak Singapore ada tiga jenis saiz iaitu special, besar dan kecil.
27 Comments
tebal yg amat..
harga pn dlm rm 11-13 sebiji..
sgt berbaloi la..best pn best...~
ley t0long kirim tak tuan?..
nak sampai jauh..
da telan air liur nie..huhu
tapi ..saiz murtabak singapore ni lebih besar dr biasakan?haha teringat suatu ketika kami sekeluarga order 7 keping untuk 7 orang...terkejut muka si pencatit order...
Murtabak itu memang nampak menggoda! Sesuatu yg menarik mengenai penjualan makanan di Malaysia: agak lazim penjual akan menjual masakan yg diberi 'cap tempat lain', bukan lokal. Di Selangor ini contohnya, adalah di sana sini kedai menjual laksa Kedah, mee rebus Muar, kotiau goreng Penang, ayam percik Kota Baru, dsb.
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
aku yang dok johor bahru ni mmg selalu gak singgah makan kat sana sesungguhnya tempat makan kat muo ni banyak yang sedap-sedap.... murtabak tu kena tukar nama murtabak muo
Baru je saya makan Murtabak Singapore dgn kawan2 berdekatan dgn GIANT Muo ....
-wongjowo-